Monday 7 May 2012

Penilaian Yang Salah

Kita seringkali ada sikap membuat telahan tanpa menilai sejauh mana keberkesanan telahan itu. Antara penilaian yang sering tertipu dengan mata kasar kita ialah apabila melihat sesuatu yang zahir itu tanpa menilai sejauh mana kebenarannya. Persoalan ini menjadikan kita melihat sesuatu yang buruk akan buruk selamanya, tetapi sedarkah, kiranya sesuatu yang cantik itu boleh menjadi buruk dan begitu juga sebaliknya. Berikut merupakan penilaian yang sering disalahtafsirkan oleh kejumudan ilmuan minda manusia.


1. Hari ini mungkin dia tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya dan boleh menjadi lebih baik dari yang sedia menutup aurat tetapi masih memakai legging!

2. Hari ini mungkin dia seorang yang kaki mengumpat, mencela dan menghina, namun siapa tahu, mungkin esok lusa dia adalah yang  insan yang paling lembut bicaranya, tinggi akhlaknya malah boleh menjadi yang tertinggi dengan kesopan-santunan berbanding mereka yang sedia lembut tetapi masih memaki dengan kata-kata nista!

3. Hari ini mungkin dia seorang yang ingkar dan sering melakukan larangan Allah s.w.t dan menzalimi perintah Ya Za Wa Jalla, sedangkan takdir yang tertulis sejak azali menyatakan bahawasanya esok lusa mungkin dia adalah yang insan yang paling Istiqamah dalam melaksanakan Qiyamulail ketika semua sedang lena. 
 

              Kerana itu ada pepatah inggeris menyatakan bahawa ''dont judge abook by its cover'' dan sebagai manusia biasa lazimnya kita akan terpengaruh melihat kulit sebelum mengetahui akan isi yang didalam itu sudah berulat! Kerana apa? Kerana kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu bahawa tugas kita bukanlah untuk menerakakan seseorang namun tugas yang harus dipegang sebagai khalifah Allah di bumi yang indah ini ialah mengajarkan manusia ke jalan yang diredhaiNya dan saling mendoakan antara satu sama lain. Maka, jangan dihina permulaan seseorang yang ingin berhijrah kerana selagi nafas belum berhenti, kita tidak akan pernah tahu bagaimana seseorang itu mengakhiri sekaligus menamatkan pengakhiran episod sebuah kehidupan yang dilaluinya.

p/s: barakallahufiq...semoga kita semua tabah dalam menghadapi hari-hari yang penuh dugaan di masa hadapan...InsyaAllah...:)~

~by Misa~

2 comments:

  1. follow back gan,
    http://technobasespace.blogspot.com

    ReplyDelete