Wednesday 3 October 2012

Cinta Ilahi Cinta Wahid Cinta Agung



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...
Hi, readers...
It's really long time that I never share anything in my blog and I think about 5 months never update ya! Huh, felt honored with that!!! LOL ^_^...!!!
Lately, I am very busy with many things. By the way, I would like to share about 'Cinta Ilahi Cinta Wahid'. Hopefully, you guys can get some information from my article. Thanks for reading...=))
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi wujud dalam diri setiap insan. Seringkali kita dengar perkataan 'cinta' ini meniti di setiap bibir khalifah globalisasi kini. Tapi apakah mereka jelas dengan maksud ungkapan 'cinta' itu? Apakah mereka terlalu naif dan sempit dalam menghayati makna disebalik frasa 'cinta'? Atau apakah mereka ini hanya menyifatkan 'cinta' hanyalah kepada pasangan kekasih masing-masing? Jujur, atas nama pencipta Bulan dan Matahari, atas nama pemilik keindahan alam semesta ini, sukar untuk menemukan insan yang benar-benar telus dalam mengungkap rasa cinta mereka termasuklah diri saya sendiri yang masih cuba mencari kekuatan diri untuk mempelajari tentang frasa 'Cinta Ilahi Cinta Wahid Cinta Agung'.

Kenapa saya katakan begitu? Sesungguhnya pujian bagi Allah dan Rasul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kiranya kita tidak mampu mencintai Allah, bagaimana mampu kita melafazkan cinta kepada insan yang bukan muhrim kita? Apatah lagi sesudah melafazkan kalimah agung cinta kepada insan yang dikasihi (bukan muhrim), apakah kita sedar bahawa kita sendiri sudah mencintai keluarga kita? Apakah sudah cukup rasa cinta yang kita ada pada hari ini diperoleh? Sekiranya belum cukup, semoga kita sama-sama mampu menjadi yang terbaik dan berusaha meraih cinta Ilahi kerana mencintaiNya merupakan cinta teragung yang lebih indah. InsyaAllah, kiranya mampu kita mencintaiNya, maka akan dipermudahkan segala urusan cinta kita sehingga mampu membina masjid yang diidamkan.

Di sini, dikongsikan serba sedikit, apa yang perlu kita lakukan untuk berusaha mendapatkan cinta Ilahi. Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Jamil Zainu, terdapat 54 soal jawab yang membincangkan tentang akidah seorang muslim dan izinkan saya berkongsi sedikit dalil dan sunah yang pada saya cukup untuk menginsafkan diri kita selain menghilangkan rasa riak dengan apa yang kita ada pada hari ini. 

"Soal 1 : Untuk apa Allah menciptakan kita?
Jawaban : Dia menciptakan kita agar beribadah kepadaNya serta tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun. 
Dalil dari AlQur’an :
(الذريات:56)[وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالأِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ]
Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalil dari sunnah :
)حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً ( متفق عليه
Hak Allah atas hambaNya bahwa mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun."

               Kita diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Ya, adakalanya ada di antara ummat yang lahir tidak sempurna namun diciptakan lagi kesempurnaan lain yang tidak ada pada diri kita. Misalnya, Si A diciptakan dengan cukup sempurna dan sentiasa mudah mendapatkan apa sahaja yang diinginkan walaupun terlalu dalam pelajaran dan hal-hala  akademik sedangkan sepupunya yang seusianya dengannya B diciptakan dengan sedikit kekurangan dan walaupun lahir dalam keluarga yang sederhana, tetapi Aliff mampu mencapai keputusan yang cemerlang di sekolahnya. Tetapi berbalik kepada hukum alam, perlu diingat, dengan beribadah kepada Allah, Allah sentiasa akan ada bersama kita baik dikala waktu susah mahupun senang. Asalkan saja, kita sebagai hambaNya mampu berfikiran dengan jauh lebih matang dan sentiasa mengingatiNya walaupun ketika senang.  

Lumrah sifat seorang manusia itu selalu alpa. Oleh itu, peringatilah diri agar tidak alpa dalam mengingati Allah. Kita diberikan 24 jam oleh Allah dalam sehari. Berusahalah kita memperuntukkan paling kurang pun dalam 30-45 minit hanya untuk mencintai Allah. Walaupun sesibuk mana, usahalah dan luangkan masa untuk berhubung dengan Allah ditalian 24434. Kenapa tersenyum? Apa saya silap memberikan info? Tidak, saya tidak silap sama sekali kerana inilah talian yang perlu kita dail sepanjang hari dan selama kita masih hidup. Subuh(2), Zuhur(4), Asar(4), Maghrib(3) dan Isya’(4) perlu kita tunaikan. Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan. Sekiranya tidak berkesempatan mengunjungi rumah Allah, maka asal sahaja ada tikar ataupun sejadah yang bersih dan pakaian yang bersih dan menutup aurat, kita sudah mampu melaksanakan. Mudah bukan? Kalau kita sanggup menunggu bas di perhentian bas semata-semara untuk keluar bersama sang kekasih kenapa tidak mampu luangkan 30-45 minit hanya untuk Allah? Kalau kita sanggup membelikan sejambak bunga ros berharga RM65 untuk si gadis, kenapa tidak mampu untuk beribadah secara percuma hanya untuk 30-45? Ya, Islam bukan agama paksaan tetapi berbalik pada persoalan yang dikongsikan diatas, sudah jelas bukan kenapa kita diciptakan di dunia yang indah ini. 

Tidak banyak masa yang diperlukan untuk Allah daripada 24 jam yang kita ada bukan. Malah, kita diberikan ruang untuk mengerjakan amalan-amalan yang sunat kiranya mempunyai kelapangan. Saya pasti, kiranya kita mampu menjaga dan memastikan diri sendiri mengamalkan fardhu solat 5 waktu ini sebaik mungkin, insyaAllah, kita mampu membahagiakan orang yang kita cintai. Kenapa begitu? Mencintai Allah selain beribadah, menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Sekiranya hari-hari yang dilalui oleh kita, insyaAllah dibahagiakan hari-hari yang kita lalu.

Soal 9 : Apa faedah tauhid bagi seorang muslim.
Jawaban : Petunjuk di dunia dan keamanan di akherat.
Dalil dari AlQur’an :
(الأنعام:82)[الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ]
Orangorang yang beriman dan tidak mencampur keimanan mereka dengan kedholiman[kesyirikan] mereka mendapatkan keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.
Dalil dari sunnah :
[حق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئاً] متفق عليه
Hak hamba terhadap Allah bahwa Dia tidak menyiksa orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun”

Kalau ditanya kepada kita beberapa persoalan, jawaplah dengan yakin dan ingatlah semua yang kita lakukan untuk mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Antara soalan-soalan yang biasa didengar oleh anak-anak muda moden pada zaman ini adalah seperti berikut.

Soalan: Kenapa kamu menyatakan cinta kepada Allah cinta yang pertama?
Jawapan:“daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”
Soalan: Kenapa kamu berkata begitu?
Jawapan: Alasan saya pula amat mudah, Dia yang menciptakan saya jadi kenapa perlu saya menduakanNya atau meletakkan cinta kepadaNya ditempat yang kedua? Dia mengurniakan saya keluarga dan kerana itu saya mencintaiNya.
Soalan: Apakah kamu tidak mempunyai perasaan cinta sesama manusia?
Jawapan: Atas nama Allah yang Esa, Ya! Saya juga mencintai seseorang namun saya cuba memperingati diri agar tidak hanyut akan perasaan ini. Saya perlu kembali kepada cinta pertama saya agar saya tidak melakukan kemaksiatan seperti yang boleh dilihat pada hari ini.
Soalan: Bolehkah kamu hidup seperti ini? Tidakkah kamu cemburu melihat sahabat-sahabatmu keluar bersuka ria bersama pasangan mereka?
Jawapan: InsyaAllah. Yang boleh dilakukan setakat ini berusaha menjaga adab diri.
Soalan: Bagaimana kamu mahu membina sebuah ‘masjid’ jika tiada rasa cinta?
Jawapan: InsyaAllah,  jodoh, rezeki, ajal dan maut serta qada dan qadar adalah perkara yang hanya diketahui Allah tetapi kita tidak. Manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Sentiasa berusaha itu kunci kejayaan terbaik.

Indahnya dunia, hanyalah sementara maka hiduplah dengan berusaha mencari kebahagiaan di akhirat iaitu alam abadi kita. Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini, kerana yang sempurna hanyalah Allah. Sekiranya kita mampu mencintai Allah, insyaAllah, kita juga akhirnya akan mendapat jodoh yang ditakdirkan Allah. Ingatlah, sentiasa berusaha mencintaiNya, kelak kita mampu membahagiakan insan lain jua. InsyaAllah.                                                                                                                                                            

p/s: coretan kecil selepas menghayati sebuah novel agama disamping merenung kepada kejahilan diri sendiri...Selamat Membaca...=))
Originally by Misa

Wednesday 9 May 2012

Persoalan Minda

Bingkisan persoalan yang wujud saat mendengar luahan rasa hati para teman...

1. Kenapa wanita kalau sudah diputusan mesti merayu untuk meraih cinta lelaki sampai ada yang sanggup berlutut? Tidakkah kalian ingat bahawa itu hanyalah kekasih bukan suami dan tidakkah kalian terfikir kalian masih punya ibu bapa yang lebih wajar ditangisi cintanya berbanding lelaki?

2. Kenapa lelaki cepat berubah hatinya bila bosan dengan si teman wanita? Tidakkah kalian ingat bahawa bagaimana kalian inginkan wanita itu sewaktu belum bercinta dan sesudah bercinta cepat bosan dan meninggalkannya begitu sahaja? Tidakkah kalian ingat bahawa jangan mudah melafazkan cinta kepada wanita kerana mereka ini terlalu mudah dihanyut dengan kata-kata manis lelaki yang mencintai? Tidakkah kalian sedar kalian sudah memberi harapan palsu dan terpikirkah kalian suatu hari kalian juga dipalsukan?

3. Kenapa kalau ada kawan yang suka menikam dari belakang? Sedarkah perbuatan kalian itu sangat bodoh dan menyebabkan kalian kehilangan kawan? sedarkah selain keluarga, kawan itu adalah yang terpenting kerana sedari umur 4 tahun, masa kita lebih banyak untuk kawan berbanding keluarga? sedarkah kalian emosi dan egois hanya membawa keburukan?

4. Kenapa bila ditegur akan kesalahan kecil perlu melenting dan seterusnya memaki dengan memanggil babi datang dan sebagainya? Sedarkah kita akan kesalahan yang kita lakukan? Sedarkah kita akan makian yang dilontarkan? Sedarkah kita akan perbuatan kita yang salah?

5. Kenapa kita terus berperangai kasar sedangkan kita diajar untuk berlembut? Di mana kelembutan itu? Di mana budaya sopan itu? Kasar itu adat siapa? Makian itu siapa yang ajar?

p/s: Kadang-kadang manusia nie dilahirkan dengan pelbagai ragam. ada yang ok ada yang tak ok, ada yang pemikiran sama, cara bercakap tak sama, apapun semua bergantung kepada pemikiran masing-masing...tetapi sekali kita mengguris perasaan orang lain, mungkin untuk memafkannya tapi agak sukar untuk dimaafkan...beringatlah yep!...

by Misa~

Monday 7 May 2012

Magis Sujud Ilahi


Sujud kelakuan yang diaplikasikan dalam solat 5 waktu seharian manusia. Sujud  juga mempunyai magisnya tersendiri terhadap sistem badan manusia selain daripada mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. Antara magis sujud terhadap sistem badan manusia ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

           Magis lain yang datang  apabila kesan yang diperoleh daripada melakukan sujud dalam tempoh yang agak lama. Implikasi magisnya ialah menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
p /s: selamat menunaikan solat!....:)
~by Misa~

Penilaian Yang Salah

Kita seringkali ada sikap membuat telahan tanpa menilai sejauh mana keberkesanan telahan itu. Antara penilaian yang sering tertipu dengan mata kasar kita ialah apabila melihat sesuatu yang zahir itu tanpa menilai sejauh mana kebenarannya. Persoalan ini menjadikan kita melihat sesuatu yang buruk akan buruk selamanya, tetapi sedarkah, kiranya sesuatu yang cantik itu boleh menjadi buruk dan begitu juga sebaliknya. Berikut merupakan penilaian yang sering disalahtafsirkan oleh kejumudan ilmuan minda manusia.


1. Hari ini mungkin dia tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas menutup auratnya dan boleh menjadi lebih baik dari yang sedia menutup aurat tetapi masih memakai legging!

2. Hari ini mungkin dia seorang yang kaki mengumpat, mencela dan menghina, namun siapa tahu, mungkin esok lusa dia adalah yang  insan yang paling lembut bicaranya, tinggi akhlaknya malah boleh menjadi yang tertinggi dengan kesopan-santunan berbanding mereka yang sedia lembut tetapi masih memaki dengan kata-kata nista!

3. Hari ini mungkin dia seorang yang ingkar dan sering melakukan larangan Allah s.w.t dan menzalimi perintah Ya Za Wa Jalla, sedangkan takdir yang tertulis sejak azali menyatakan bahawasanya esok lusa mungkin dia adalah yang insan yang paling Istiqamah dalam melaksanakan Qiyamulail ketika semua sedang lena. 
 

              Kerana itu ada pepatah inggeris menyatakan bahawa ''dont judge abook by its cover'' dan sebagai manusia biasa lazimnya kita akan terpengaruh melihat kulit sebelum mengetahui akan isi yang didalam itu sudah berulat! Kerana apa? Kerana kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu bahawa tugas kita bukanlah untuk menerakakan seseorang namun tugas yang harus dipegang sebagai khalifah Allah di bumi yang indah ini ialah mengajarkan manusia ke jalan yang diredhaiNya dan saling mendoakan antara satu sama lain. Maka, jangan dihina permulaan seseorang yang ingin berhijrah kerana selagi nafas belum berhenti, kita tidak akan pernah tahu bagaimana seseorang itu mengakhiri sekaligus menamatkan pengakhiran episod sebuah kehidupan yang dilaluinya.

p/s: barakallahufiq...semoga kita semua tabah dalam menghadapi hari-hari yang penuh dugaan di masa hadapan...InsyaAllah...:)~

~by Misa~

Sunday 6 May 2012

Kesabaran Pemimpin Agung

Agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah kesimpulan  dan penutup yang tidak akan ada sambunganya lagi kepada semua ajaran-ajaran Nabi-Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah s.w.t. Oleh kerana itulah, persamaan agama antara kristian dan Yahudi tidak jauh berbeza. Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang Yahudi ini hidup secara rambang dan menyebabkan ‘agama’ Yahudi ini tersebar. Ada antara mereka yang tinggal di Arab Saudi terutamanya di Kota Madinah dan Khaibar. Orang-orang Yahudi dan orang Islam pada zaman Nabi s.a.w hidup bersama-sama dan tinggal di bawah satu rukun yang sama dan tetap setia kepada ajaran agama masing-masing. Apabila Madinah diserang pihak musuh, maka orang Yahudi dan Islam ini bersama-sama mempertahankan Kota Madinah tanpa ada semangat perkauman. Apabila orang Yahudi pula diserang, maka orang Islam akan turut membela mereka dan hal yang sebaliknya turut berlaku apabila orang Islam yang diserang oleh pihak luar maka orang Yahudi ini menyumbangkan tenaga dalam memerangi musuh Islam. 

            Mengapa orang Yahudi ini tidak menjadi pengikut kepada agama Islam yang berkembang pada masa itu? Hal ini kerana, sudah tercatat dalam kitab suci mereka bahawa angkat bangkit seorang Nabi dan Rasul yang baru. Catatan ini telah diramal sejak berabad-abad lamanya dan akhirnya muncullah Nabi Muhammad s.a.w. Namun, setelah Nabi dan Rasul yang diramalkan itu telah lahir di Makkahtul Mukaramah, dan berhijrah ke Madinah lantas menjadikan pengaruh ajarannya itu berkembang luas dan hal ini mengundang rasa amarah dan iri hati dalam kalangan Yahudi. Akibat perasaan itulah, pelbagai cara  yang diusahakan agar baginda s.a.w tidak mempunyai sebarang pengikut kepada ajaran syumul Islam  yang dibawa. Mereka juga berusaha sedaya upaya untuk membunuh Nabi s.a.w dengan segala macam cara khianat agar baginda terus kalah dalam memperjuangkan kesyumulan agama yang dibawanya. Tetapi segala usaha mereka itu selalu digagalkan Allah dan mereka tetap tidak berputus asa. Firman Allah di QS Ali Imran ayat 186
 “Dan engkau (Muhammad) akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu (orang-orang Yahudi) yang musyrik, gangguan yang banyak dan menyakitkan hati. Jika engkau bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya itu adalah termasuk urusan yang utama”.
             Kesabaran dan ketaqwaan tentu saja tidak membawa erti bahawa mereka perlu membiarkan saja segala dugaan yang ada di depan mereka, malah mereka tetap harus melawan dengan cara yang ditentukan Allah yang tidak mampu melewati batas pemikiran jumud manusia. Kisah penghinaan dan penderitaan ini bukan berlangsung sehari mahupun seminggu malahan berpuluh tahun bahkan ratusan tahun yang sudah peristiwa demi peristiwa tentang kaum Yahudi ini mempunyai kegemaran yang ‘indah’ iaitu melakukan penghinaan ke atas baginda Rasulullah s.a.w dan ajaran yang dibawa baginda. Bukan itu sahaja, penghinaan dan mempermainkan kalimah suci dari Allah yang sudah bermula sejak zaman Nabi Musa a.s, Harun a.s, Daud a.s, Sulaiman a.s, Zakariya a.s, Yahya a.s lalu Isa a.s berterusan! Maka, turun lagi ratusan ayat Al Quran menerangkan dan menjawab perihal penghinaan Yahudi itu. Rasulullah SAW dan umat Islam berhadapan segala tindakan Yahudi dengan cara yang baik, tetapi harus membalas tindakan kekerasan dengan kekerasan yang setimpal. Firman Allah SWT QS Al Baqarah ayat 194
 “ Barang siapa yang menyerang kamu maka seranglah ia dengan cara yang seimbang dengan serangannya terhadap kamu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah berpihak kepada orang-orang yang bertaqwa”
              Tetapi diantara pendeta-pendeta, golongan cerdik pandai ilmuan dari kaum Yahudi ini turut ada di antara mereka yang beriman dan membela Rasulullah Muhammad SAW, diantaranya Hushain dari Bani Tsalabah. Mereka secara ikhlasnya telah menyerahkan semua kekayaanya yang dimiliki bertujuan untuk memperjungkan dakwah Islam dan akhirnya mereka ini ditakdrikan syahid dalam membela Islam semasa Perang Uhud. Rasulullah s.a.w telah menggantikan namanya menjadi Abdullah bin Salam. KeIslamannya disembunyikan dan dirahsiakan agar tidak sampai diketahui oleh orang-orang Yahudi. Hal ini karena mereka akan diuji oleh Rasulullah s.a.w. Dan ketika orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah Muhammad SAW , beliau bertanya kepada mereka “Apa yang kalian ketahui tentang Hushain bin Salam?” Mereka menjawab “Ia penghulu kami, anak dari penghulu kami, orang alim kami dan seorang yang paling alim ditengah-tengah kami”

               Setelah mereka berkata demikian, Abdullah bin Salam muncul ditengah tengah mereka, kemudian Abdullah bin Salam berseru kepada mereka “Hai Kaum Yahudi, takutlah kamu akan Allah, terimalah apa yang sudah disampaikan kepadamu dari Muhammad, demi Allah tentu kamu tahu bahwa ia (Muhammad) adalah Rasul Allah, bahkan namanya tercantum dalam Kitab Tauratmu begitu juga sifat-sifatnya. Saya sendiri sudah beriman kepadanya”

              Baru saja mereka mendengar perkataan Abdullah bin Salam, mereka langsung berkata “Engkau pembohong” lalu mereka mengejek dan menghinanya. Mengertilah Rasulullah SAW bagaimana tingkahlaku bangsa Yahudi itu sesuai dengan ayat-ayat Al Quran yang diturunkan kemudian. Namun, ada pula orang-orang Yahudi yang jujur dan turut beriman serta membela Rasulullah SAW, diantaranya Said bin Syanah, Tsalabah bin Said, As`ad bin Asad bin Ubaid.

                 Antara kaum Yahudi yang berlaku tidak jujur kerana kekuatan Rasulullah s.a.w ialah As`ad bin Hanif, Said bin Shait dan Says bin Qais. Merekalah yang disebut golongan Munafiqun. Mereka ini jugalah yang sebenarnya mau melenyapkan Islam dari berkembang ke seantero alam bahkan adalah satu kelegaan bagi golongan Munafiqun ini jika dapat membunuh Rasulullah s.a.w. Namun, baginda s.a.w tidak pernah gentar dan terus memperjuangkan syiar Islam.
            

p/s: sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. InsyaAllah....:)
belajar supaya tidak tergolong dalam golongan Munafiqu…..
salawat ke atas Muhamaad s.a.w

~by Misa~

Kejujuran Diri

 Seorang pengusaha yang sukses mau mencari seseorang yang dapat dipercayai untuk mengambil alih bisnisnya karena usianya yang semakin tua. Ia memutuskan untuk tidak menyerahkan perusahaannya kepada anak-anaknya maupun para direktur di perusahaan. Ia mau melakukan sesuatu yang berbeda. Ia memanggil semua eksekutif muda di perusahaannya dan berkata, 
      
        "Sudah tiba waktunya untuk saya mengundurkan diri dan memilih seorang pengganti dari antara kalian.". Para eksekutif muda itu terkejut tapi bos mereka melanjutkan. 
        
          "Saya akan memberikan setiap dari Anda satu benih hari ini - benih yang sangat spesial. Saya mau Anda menanam benih ini, menyiramnya dan datang kembali kepada saya satu tahun dari hari ini dengan membawa tumbuhan yang bertumbuh dari benih yang akan saya berikan ini. Saya akan menilai tumbuhan yang Anda bawakan, dan dari itu saya akan memilih orang yang akan menggantikan saya."
           
             Salah seorang dari bawahannya, Jim juga termasuk yang diberikan benih dan sama seperti yang lainnya, ia pulang dan dengan penuh semangat memberitahu istrinya seluruh kisah itu. Istrinya membantunya mencari pot, tanah dan pupuk dan Jim menanam benih itu. Setiap hari tanpa gagal, ia akan menyiramnya dan memerhatikan apakah benih itu sudah bertumbuh.
              Setelah sekitar tiga minggu, teman-temannya yang lain mulai bercerita tentang benih-benih mereka yang sudah bertunas dan semakin membesar. Jim terus mengecek benihnya tetapi sama sekali tidak ada perubahan. Tiga minggu, empat minggu, lima minggu berlalu, tetapi masih saja tidak terjadi apa-apa. Setiap hari, teman-teman yang lain berbicara tentang perkembangan tanaman mereka, tetapi Jim tidak mempunyai sesuatu untuk dibicarakan. Ia merasa seperti seorang pecundang.

               Enam bulan sudah berlalu dan masih tidak ada tanda-tanda kehidupan di pot. Jim tahu ia telah membunuh benih itu. Semua yang lain sudah mempunyai pohon dan tumbuh-tumbuhan yang besar, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa. Jim tidak berkata apa-apa kepada teman-temannya. Tetapi ia tetap setia menyiram dan memberi pupuk kepada benih itu. Ia begitu menginginkan benih itu untuk bertumbuh.

               Akhirnya satu tahun sudah berlalu dan semua eksekutif perusahaan itu membawa tanaman mereka untuk diperlihatkan kepada bos mereka. Jim memberitahu istrinya bahwa ia tidak akan membawa potnya yang sama sekali tidak ada tanda kehidupan. Tetapi istrinya memintanya untuk bersikap jujur tentang apa yang telah terjadi. Jim tahu hari itu akan menjadi detik-detik yang paling memalukan dalam hidupnya, namun di sisi lain ia juga tahu bahwa apa yang dikatakan istrinya itu benar. Ia membawa potnya yang kosong dan masuk ke ruang rapat. Saat ia masuk ke ruangan ia begitu ditakjubkan melihat pelbagai tanaman yang dibawa oleh teman-temannya yang lain. Semuanya kelihatan begitu indah - dalam semua bentuk dan ukuran. Melihat potnya beberapa dari koleganya ketawa, dan beberapa mengasihani dia!
              
                Apabila bosnya tiba, ia memandang ke seluruh ruangan dan menyapa semua pegawainya. Jim berusaha untuk menyembunyikan dirinya di belakang koleganya .

               "Wah, begitu hebat tanaman, pohon dan tumbuh-tumbuhan yang telah kalian tanam," kata sang bos.
                 "Hari ini salah satu dari kalian akan dilantik menjadi ketua pimpinan perusahaan ini!"

              Tiba-tiba sang bos melihat Jim di pojok ruangan bersama potnya yang kosong. Ia memerintahkan direktur keuangan untuk membawa Jim ke depan. Jim ketakutan. 
     
              Ia membatin, "Bos pasti berpikir bahwa saya ini seorang pecundang! Mungkin ia akan memecat saya!"

              Saat sudah berada di depan, sang bos bertanya apa yang telah terjadi dengan benihnya. Jim dengan jujur menceritanya apa yang terjadi.

               Bos lalu meminta semua orang duduk kecuali Jim. Ia memandang pada Jim dan mengumumkan kepada semua orang, "Inilah Pemimpin Perusahaan kita yang baru!" Jim nyaris tidak percaya. Ia tidak berhasil membuat benih itu bertumbuh. Bagaimana mungkin ia dinobatkan menjadi pemimpin baru perusahaan itu!

                Lalu sang bos berkata, "Satu tahun yang lalu, saya memberikan setiap dari Anda satu benih. Saya menyuruh  Anda menanam benih itu dan membawanya kembali kepada saya hari ini. Tetapi saya telah memberi Anda semua benih-benih yang telah saya masukkan ke dalam air mendidih; benih-benih itu mati - sama sekali tidak mungkin untuknya bertumbuh. Semua dari Anda kecuali Jim membawakan saya pohon-pohon, tanam-tanaman dan bunga-bunga. Di saat Anda melihat bahwa benih itu tidak bertumbuh, Anda telah menggantinya dengan benih yang lain. Hanya Jim yang merupakan satu-satunya orang yang memiliki keberanian dan kejujuran untuk membawakan satu pot berisi benih yang saya berikan. Dengan demikian, ia lah orang yang akan saya tunjuk menjadi pemimpin perusahaan ini!"


Jika Anda menanamkan kejujuran, Anda akan menuai kepercayaan.
Jika Anda menanam kebaikan, Anda akan menuai sahabat-sahabat.
Jika Anda menanam kerendahan hati, Anda akan menuai kebesaran.
Jika Anda menanam ketekunan, Anda akan menuai kepuasan.
Jika Anda menanam pertimbangan, Anda akan menuai perspektif.
Jika Anda menanam kerja keras, Anda akan menuai kesuksesan.
Jika Anda menanam pengampunan, Anda akan menuai perdamaian.
Jika Anda menanam iman di dalam Kristus, Anda akan menuai tuaian.

Jadi berhati-hatilah dengan apa  yang Anda tanam sekarang; hal itu akan menentukan apa yang akan Anda tuai kemudian nanti. Dua ribu tahun yang lalu, Paulus menulis kepada jemaat di Galatia kisah yang sama tetapi dengan kata-kata yang lebih singkat, "Apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai." (Gal. 6.7)

(Originally translated by Cahaya Pengharapan Ministries, Source Uknown)

p/s:-
1. pentingnya berlaku jujur terutamanya kepada diri sendiri noh!...hang jangan asyik hipokrit jah...ore tak suko demo hok oyak besa kecek dop sungguh nak buat!...

~by Misa~

Thursday 3 May 2012

Cintailah Sahabat Kita

Mencintai sahabat tentunya berbeza dari mencari seseorang yang bernama kekasih. Tanpa kita sedari, dalam kita berkasih, kita masih memerlukan seorang insan yang bernama sahabat. Baik lelaki mahupun perempuan. Selagi tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dengan insan yang bernama kekasih, mereka mempunyai pandangan yang tersendiri bahawa sahabat itu lebih penting dan jangan minta pasangan kita menjauhi sahabat mereka apatah lagi menghalang pasangan dari bersahabat. Bukankah persahabatan itu sesuatu yang mulia?

Sahabat dari pandangan juga perlu diketahui umum. Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.


             Oleh itulah, seorang sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian. Keunikan tentang persahabatan ini juga boleh dilihat melalui Nabi Muhammad s.a.w. Ada empat sahabat nabi yang amat dikenali ramai, yang kemudiannya telah memimpin masyarakat Islam sepeninggal Nabi, iaitu Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali. Kesemua mereka ini terlalu mempunyai komitmen tertinggi dalam memperjuangkan dakwah Muhammad s.a.w. Setiap apa sahaja yang dilakukan oleh nabi s.a.w, mereka akan ikut dan lakukan. Dalam persahabatan mereka ini, tidak pernah terjadinya konflik yang boleh memudaratkan persahabatan yang terjalin. Mereka itu semua adalah orang-orang yang setia, sehingga pada saat nabi masih hidup, sekalipun sedemikian berat, perjuangan nabi selalu berhasil dengan gemilang atas sokongan sahabat baginda.

               Persahabatan seperti itu, memang seharusnya dicontohi oleh kita semua. Persahabatan dalam Islam ini hakikatnya diikat oleh tali keimanan dan kasih sayang di antara mereka. Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah, dalam membangu persahabatan didasari oleh kecintaan pada Allah dan rasulnya. Oleh karenanya, ikatan itu lebih konsisten, mantap dan istiqomah. Persahabatan dalam Islam dibina sepanjang waktu, baik dalam kegiatan spiritual mahupun dalam kegiatan sosial. Dalam kegiatan spiritual misalnya, setiap solat lazimnya bacaannya diakhiri dengan mengucap salam ke kanan dan ke kiri. Ucapan salam itu berisi doa, memohon agar keselamatan dan rakhmat Allah selalu melimpah kepada saudaranya sesama muslim.


                Dalam kegiatan ritual,  tergambar bahwa seorang muslim tidak hanya berharap mendapatkan keselamatan bagi dirinya sendiri dan keluarganya, melainkan keselamatan bagi seluruh kaum muslimin. Demikian pula, dalam berbagai doa’ yang diucapkan, kaum muslimin selalu menyempurnakan doanya terhadap seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang sudah mati. Persahabatan kaum muslimin, sesungguhnya secara doktrin, diikat secara kukuh dalam waktu yang amat panjang, baik di dunia maupun akhirat. Hubungan sesama kaum muslimin juga dibangun sebagaimana membina sebuah bangunan rumah, antara bahagian satu dengan bahagian lainnya yang saling memperkukuh. Selain itu juga diumpamakan bagaikan tubuh, maka jika sebagian sakit maka yang lainnya akan merasa sakit, dan demikian juga sebaliknya.


                  Oleh sebab itulah, kita perlu mencintai persahabatan yang kita ada. Janganlah akibat sang kekasih tidak menyukai persahabatan kita, sewenang-wenangnya kita memuuskannya, Hal ini sudah tentu salah. Kita semua perlu ingat, kadang-kadang dalam 100000 kawan susah ingin mendapatkan kawan yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kita NAMUN kekasih yang seorang itu saja lebih susah dari menjaga 1000000 orang sahabat. Hargailah persahabatan yang dibina, ikatkan dan simpulkanlah ukhwah yang terjalin, persetankan pegaduhan, perdulikan kekejaman, kita perlu patuh kepada keamanan dan apa yang dituntut dalam agama kita. Wallahualam~

~by Misa~