Thursday 3 May 2012

7 Perkara Bengangkan Roomate


Hari nie nak kongsi serba sedikit perkara-perkara yang boleh membengangkan roomate anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah melakukan kesilapan yang menyakitkan hati mereka. Semua perkara yang saya sharekan di bawah ini adalah hasil dari persidangan meja besar yang melibatkan 30 orang mahasiswa/i yang mengantuk tatkala diumumkan kelas pada petang tersebut dibatalkan. Bagi mengisi kekosongan masa yang ada, kami sebulat bersuara ingin menghabiskan masa di kelas tersebut sambil bersembang akan keburukan roomate masing-masing. Jahat kan? Tapi kaedah ini sebenarnya melegakan dan akan membuat kita lebih tenang. Berkongsi suatu perkara yang bagus dapat mengelakkan penyakit hati yang tidak bersih. Hehehe. #_#

Perkara 1 : Memasang lagu yang kuat semasa kawan sedang tidur

Bayangkan Abu tidur pada jam 12 malam manakala si Ali tidur pada jam 4 pagi kerana menyudahkan assignment. Si Abu tahu akan keadaan tersebut. Kemudian si Abu terbangun pada jam 7 pagi dan terus online facebook. Sambil berfacebook, si Abu meemasang lagu berentak techno pada volume yang sungguh kuat. Si Ali yang terkejut lantas terbangun dan hanya memandag si Abu dengan pandangan sepi. Hendak di tegur, si Abu seorang yang kuat melenting maka didiamkan saja dan menanti si Abu keluar untuk pergi kelas pada jam 9.30 pagi. 

Perkara 2 : Tidak menutup pintu bilik

Si Minah suda tidur seawal jam 10 malam manakala si Zaiton bergayut di luar bilik. Sekembalinya dari bilik beliau terus merebahkan diri dan Si Joyah pula menegur agar si Zaiton menutup pintu. Sudahnya si Zaiton hanya memekakkan telinga dan terus tidur.  Si Joyah dengan bengang bangun dan menutup pintu dengan kasar namun si Zaiton tetap mematikan diri.

Perkara 3: Tidak menutup lampu

Si Hussin seorang yang perlu menutup lampu ketika tidur. Sedang si Hussin nyenyak tidur pada jam 2 pagi, si Hassan bangun dan memasang lampu bilik untuk membuat tugasan sedangkan lampu belajar ada. Lalu si Hussin dengan muka bengang mendengus kasar. 

Perkara 4: Menutup lampu

Si Munah masih membuat kerjanya dengan tenang seawal jam 1.30 pagi, Sedang seronok membuat tugasan, tiba-tiba si Limah bangun dari meja belajar dan terus menutup lampu dan merebahkan diri ke tempat tidur. Si Munah yang terkejut hanya mendengus kecil sambil membuka lampu belajar. 

Perkara 5: Sidai Kain

Zati memerhatikan cuaca panas terik dan terdetik di hatinya mungkinkah sang hujan akan turun mencurahi bumi? Tiba-tiba si Zimah masuk sambil membawa pakaian yang baru di cuci di mesin basuh dan menyidai di dalam bilik. Si Zati hanya terdiam! Keadaan bilik asrama mahasiswi itu tidak wajar digantung kain kerana pengudaraan akan menjadi lembap dan memeningkan apabila bercampur dengan bau sabun dari baju yang baru dibasuh. Sungguh melemaskan Zati situasi seperti ini. 

Perkara 6: Bila perlu, lembut. Bila marah, dibuang.

Luna hanya mendiamkan diri memerhatikan Zana yang membebel kegeraman. Dia terdiam. Si Zana berkonflik dengan kawan-kawan akibat program namun dilepaskan kemarahannya itu di bilik. Namun, tatkala telefon Zana berdering, dengan nada lembutnya Zana menjawab, 'Halo, Sayang', walhal si Luna menjadi mangsa jeling dan amarahnya. Teruknya perangai!

Perkara 7: Hipokrit

Lazimnya, roomate lebih kenal siapa diri kita sebenar. Si Armi mengadu domba bahawa si Ahmad dan Si Din memulaukan beliau kepada roomatenya Si Kadir. Si Kadir hanya menggelengkan kepala apabila pada waktu itu, si Ahmad dan si Din masuk berkunjung ke bilik sambil berborak-borak. Terlalu mesra layanan si Armi seperti tidak pernah ada sebarang konflik yang diceritakan kepada si Kadir! Sungguh hipokrit.


       Hanya 7 perkara sahaja yang saya dapat kongsikan. Tunggulah di sesi lain.Tetapi perkara seperti ini membawa impak yang besar dan menyebabkan si Spongebob bergaduh besar dengan Squid si teman baiknya.







~by Misa~

No comments:

Post a Comment