Sunday 29 April 2012

Di sebalik 4-28.........BERSIH 3.0

Sebelum bermula Himpunan Bersih, Demo Mansuh PTPTN dan Free Education dari geng #occupydataran sudah memulakan langkah sejak 14 April yang lalu. Terlalu banyak cerita yang boleh dikongsikan.Saya ingin berkongsi melalui hasil pembacaan saya dan juga hasil daripada teman-teman seperjuangan yang menyokong perhimpunan Bersih 3.0! Sila la rujuk Berita Semasa untuk melihat kronologi gerakan Himpunan Bersih 3.0 ini.

1. Penyokong Bersih 3.0 di Kuala Lumpur hari ini mencatat jumlah penyokong terbesar iaitu sebanyak 200 000-250 000 namun media massa menyatakan kepada umum bahawa yang hadir hanyalah 25 ribu. Oh, tidak! Melihat kesesakan jalan raya sudah tentu jumlah penyokong adalah lebih daripada itu. Mari tengok gambar ini, 25 000 atau 250 000???








2. Dalam My News, memaparkan bahawa Azri dibelasah oleh penyokong Bersih manakala dinafikan oleh penyokong Bersih.Seharusnya penyokong Bersih perlu bertindak lebih rasional dan matang! Tindakan seperti ini mengundang padah kepada diri sendiri dan menampakkan ketidakmatangan dalam menuntut apa yang diperjuangkan. Semoga saudara Azri beransur pulih! Hentikan keganasan ini!



3. Himpunan Bersih 3.0 Dataran Merdeka akan menjadi sebuah Himpunan yang paling berjaya kiranya kesemua penyokong hanya mengikut apa yang ditetapkan iaitu DUDUK DAN BANTAH. Tapi  malangnya, ketidaksabaran para penyokong juga mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku! Mujurlah saya memutuskan untuk menarik diri menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka last minute, itupun kerana saya lebih mengutamakan kerja yang perlu diselesaikan. Namun saya kasihan dengan para penyokong ini, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya percaya yang melakukan 'rusuhan' adalah minoriti tetapi impaknya turut dirasai oleh semua. Saya berbangga dengan Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di tempat saya sendiri Kota Kinabalu, Sabah. Jika kita menuntut di jalan dan landasan yang betul, ada sikap akhlak dan budi pekerti yang baik, saling menghormati antara satu sama lain, insyaAllah, tuntutan itu akan didengar. Sayangnya Himpunan Bersih 3.0 Kuala Lumpur sedikit cacat. Lihat video di bawah ini.




4. Sehingga kini dilaporkan lebih 300 orang telah ditahan. Dalam facebook Nasrudin-Hassan, beliau menyatakan bahawa, beberapa orang telah menjadi mangsa oleh abang-abang polis yang gagah lagi perkasa. Dalam hal ini, saya melihat dari aspek 'POLICY DEMAND' yang memang perlu diadakan bagi negara-negara yang melaksanakan sistem demokrasi. Sekiranya, penyokong Bersih itu ditahan, janganlah sampai dipukul selagi para penyokong tidak menggunakan kekerasan. Penyokong Bersih juga perlu berpegang kepada konsep tersebut. Semoga semua tahanan dilayan dengan baik dan semoga hati semua abang-abang polis menjadi sejernih air. Amin!

5. Media massa turut melaporkan berita yang kurang sahih contohnya menyiarkan tentang dua orang pegawai polis yang meninggal dunia akibat himpunan ini. Namun PDRM melalui facebook rasmi telah menyatakan bahawa tiada kematian berlaku dari pihak polis. Semoga keadaan yang keruh tidak semakin kabut.

6. 3 orang mahasiswa  dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia turut ditahan dan dilaporkan dua orang mahasiswa cedera akibat terkena gas pemedih mata seperti yang dilaporkan oleh Berita Universiti
7. Dilaporkan kereta polis dirusuh oleh penyokong Bersih hakikatnya para penyokong berbuat demikian akibat ingin membantu 3 orang penyokong yang dilanggar oleh kereta polis tersebut. Kalaulah polis itu bersikap sabar sedikit dalam pemanduan...Kalaulah masyarakat kita masyarakat yang pemaaf dan penyayang...Kalaulah mereka boleh berdiskusi dengan baik...sudah tentu hal seperti ini tidak akan berlaku.


Terlalu banyak isu yang boleh dipaparkan. Pada hemat saya, kedua-dua pihak mempunyai kesalahan yang tersendiri. Mereka tidak boleh dihalang dari menuntut apa yang diperjuangkan kerana ini negara demokrasi namun mereka juga alah kerana terlalu emosional dalam menuntut perjuangan mereka. Sekiranya mampu bersikap rasional, sudah tentu kejadian seumpama ini tidak berlaku. BUDI BAHASA BUDAYA KITA perlu diterapkan semula dalam jiwa masing-masing demi semangat cintakan keamanan dan kedamaian untuk negara Malaysia. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar buat ita semua di masa akan datang dan semoga kerajaa mampu membuka mata dan bersikap lebih telus dan amanah dalam mejalankan tugas yang diberi. Hapuskan Korupsi! Kembalikan Ketelusan!


~by Misa~

2 comments:

  1. saya masih tertanya2 apakah yg kita nak sbnarnya???d ngara luar kita ni dah d lihat ngra yg agak kucar kacir...slagi hidup, slagi tu kita x pnh puas dgn khndak dri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia dilahirkan dengan penuh dugaan sehingga mereka keliru, apakah tugas utama sebagai manusia? Jawapan yang sebenarnya ialah khalifah di muka bumi tetapi globalisasi merentas dan jawapan pun sudah terlalu moden...mereka keliru dengan apa yang disebut sebagai kehendak dan keperluan?...Semoga Malaysia terus aman dan sentosa....:)

      Delete