Wednesday 3 October 2012

Cinta Ilahi Cinta Wahid Cinta Agung



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...
Hi, readers...
It's really long time that I never share anything in my blog and I think about 5 months never update ya! Huh, felt honored with that!!! LOL ^_^...!!!
Lately, I am very busy with many things. By the way, I would like to share about 'Cinta Ilahi Cinta Wahid'. Hopefully, you guys can get some information from my article. Thanks for reading...=))
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi wujud dalam diri setiap insan. Seringkali kita dengar perkataan 'cinta' ini meniti di setiap bibir khalifah globalisasi kini. Tapi apakah mereka jelas dengan maksud ungkapan 'cinta' itu? Apakah mereka terlalu naif dan sempit dalam menghayati makna disebalik frasa 'cinta'? Atau apakah mereka ini hanya menyifatkan 'cinta' hanyalah kepada pasangan kekasih masing-masing? Jujur, atas nama pencipta Bulan dan Matahari, atas nama pemilik keindahan alam semesta ini, sukar untuk menemukan insan yang benar-benar telus dalam mengungkap rasa cinta mereka termasuklah diri saya sendiri yang masih cuba mencari kekuatan diri untuk mempelajari tentang frasa 'Cinta Ilahi Cinta Wahid Cinta Agung'.

Kenapa saya katakan begitu? Sesungguhnya pujian bagi Allah dan Rasul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kiranya kita tidak mampu mencintai Allah, bagaimana mampu kita melafazkan cinta kepada insan yang bukan muhrim kita? Apatah lagi sesudah melafazkan kalimah agung cinta kepada insan yang dikasihi (bukan muhrim), apakah kita sedar bahawa kita sendiri sudah mencintai keluarga kita? Apakah sudah cukup rasa cinta yang kita ada pada hari ini diperoleh? Sekiranya belum cukup, semoga kita sama-sama mampu menjadi yang terbaik dan berusaha meraih cinta Ilahi kerana mencintaiNya merupakan cinta teragung yang lebih indah. InsyaAllah, kiranya mampu kita mencintaiNya, maka akan dipermudahkan segala urusan cinta kita sehingga mampu membina masjid yang diidamkan.

Di sini, dikongsikan serba sedikit, apa yang perlu kita lakukan untuk berusaha mendapatkan cinta Ilahi. Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Jamil Zainu, terdapat 54 soal jawab yang membincangkan tentang akidah seorang muslim dan izinkan saya berkongsi sedikit dalil dan sunah yang pada saya cukup untuk menginsafkan diri kita selain menghilangkan rasa riak dengan apa yang kita ada pada hari ini. 

"Soal 1 : Untuk apa Allah menciptakan kita?
Jawaban : Dia menciptakan kita agar beribadah kepadaNya serta tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun. 
Dalil dari AlQur’an :
(الذريات:56)[وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالأِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ]
Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalil dari sunnah :
)حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً ( متفق عليه
Hak Allah atas hambaNya bahwa mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun."

               Kita diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Ya, adakalanya ada di antara ummat yang lahir tidak sempurna namun diciptakan lagi kesempurnaan lain yang tidak ada pada diri kita. Misalnya, Si A diciptakan dengan cukup sempurna dan sentiasa mudah mendapatkan apa sahaja yang diinginkan walaupun terlalu dalam pelajaran dan hal-hala  akademik sedangkan sepupunya yang seusianya dengannya B diciptakan dengan sedikit kekurangan dan walaupun lahir dalam keluarga yang sederhana, tetapi Aliff mampu mencapai keputusan yang cemerlang di sekolahnya. Tetapi berbalik kepada hukum alam, perlu diingat, dengan beribadah kepada Allah, Allah sentiasa akan ada bersama kita baik dikala waktu susah mahupun senang. Asalkan saja, kita sebagai hambaNya mampu berfikiran dengan jauh lebih matang dan sentiasa mengingatiNya walaupun ketika senang.  

Lumrah sifat seorang manusia itu selalu alpa. Oleh itu, peringatilah diri agar tidak alpa dalam mengingati Allah. Kita diberikan 24 jam oleh Allah dalam sehari. Berusahalah kita memperuntukkan paling kurang pun dalam 30-45 minit hanya untuk mencintai Allah. Walaupun sesibuk mana, usahalah dan luangkan masa untuk berhubung dengan Allah ditalian 24434. Kenapa tersenyum? Apa saya silap memberikan info? Tidak, saya tidak silap sama sekali kerana inilah talian yang perlu kita dail sepanjang hari dan selama kita masih hidup. Subuh(2), Zuhur(4), Asar(4), Maghrib(3) dan Isya’(4) perlu kita tunaikan. Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan. Sekiranya tidak berkesempatan mengunjungi rumah Allah, maka asal sahaja ada tikar ataupun sejadah yang bersih dan pakaian yang bersih dan menutup aurat, kita sudah mampu melaksanakan. Mudah bukan? Kalau kita sanggup menunggu bas di perhentian bas semata-semara untuk keluar bersama sang kekasih kenapa tidak mampu luangkan 30-45 minit hanya untuk Allah? Kalau kita sanggup membelikan sejambak bunga ros berharga RM65 untuk si gadis, kenapa tidak mampu untuk beribadah secara percuma hanya untuk 30-45? Ya, Islam bukan agama paksaan tetapi berbalik pada persoalan yang dikongsikan diatas, sudah jelas bukan kenapa kita diciptakan di dunia yang indah ini. 

Tidak banyak masa yang diperlukan untuk Allah daripada 24 jam yang kita ada bukan. Malah, kita diberikan ruang untuk mengerjakan amalan-amalan yang sunat kiranya mempunyai kelapangan. Saya pasti, kiranya kita mampu menjaga dan memastikan diri sendiri mengamalkan fardhu solat 5 waktu ini sebaik mungkin, insyaAllah, kita mampu membahagiakan orang yang kita cintai. Kenapa begitu? Mencintai Allah selain beribadah, menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Sekiranya hari-hari yang dilalui oleh kita, insyaAllah dibahagiakan hari-hari yang kita lalu.

Soal 9 : Apa faedah tauhid bagi seorang muslim.
Jawaban : Petunjuk di dunia dan keamanan di akherat.
Dalil dari AlQur’an :
(الأنعام:82)[الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ]
Orangorang yang beriman dan tidak mencampur keimanan mereka dengan kedholiman[kesyirikan] mereka mendapatkan keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.
Dalil dari sunnah :
[حق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئاً] متفق عليه
Hak hamba terhadap Allah bahwa Dia tidak menyiksa orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun”

Kalau ditanya kepada kita beberapa persoalan, jawaplah dengan yakin dan ingatlah semua yang kita lakukan untuk mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Antara soalan-soalan yang biasa didengar oleh anak-anak muda moden pada zaman ini adalah seperti berikut.

Soalan: Kenapa kamu menyatakan cinta kepada Allah cinta yang pertama?
Jawapan:“daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”
Soalan: Kenapa kamu berkata begitu?
Jawapan: Alasan saya pula amat mudah, Dia yang menciptakan saya jadi kenapa perlu saya menduakanNya atau meletakkan cinta kepadaNya ditempat yang kedua? Dia mengurniakan saya keluarga dan kerana itu saya mencintaiNya.
Soalan: Apakah kamu tidak mempunyai perasaan cinta sesama manusia?
Jawapan: Atas nama Allah yang Esa, Ya! Saya juga mencintai seseorang namun saya cuba memperingati diri agar tidak hanyut akan perasaan ini. Saya perlu kembali kepada cinta pertama saya agar saya tidak melakukan kemaksiatan seperti yang boleh dilihat pada hari ini.
Soalan: Bolehkah kamu hidup seperti ini? Tidakkah kamu cemburu melihat sahabat-sahabatmu keluar bersuka ria bersama pasangan mereka?
Jawapan: InsyaAllah. Yang boleh dilakukan setakat ini berusaha menjaga adab diri.
Soalan: Bagaimana kamu mahu membina sebuah ‘masjid’ jika tiada rasa cinta?
Jawapan: InsyaAllah,  jodoh, rezeki, ajal dan maut serta qada dan qadar adalah perkara yang hanya diketahui Allah tetapi kita tidak. Manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Sentiasa berusaha itu kunci kejayaan terbaik.

Indahnya dunia, hanyalah sementara maka hiduplah dengan berusaha mencari kebahagiaan di akhirat iaitu alam abadi kita. Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini, kerana yang sempurna hanyalah Allah. Sekiranya kita mampu mencintai Allah, insyaAllah, kita juga akhirnya akan mendapat jodoh yang ditakdirkan Allah. Ingatlah, sentiasa berusaha mencintaiNya, kelak kita mampu membahagiakan insan lain jua. InsyaAllah.                                                                                                                                                            

p/s: coretan kecil selepas menghayati sebuah novel agama disamping merenung kepada kejahilan diri sendiri...Selamat Membaca...=))
Originally by Misa

No comments:

Post a Comment