Agama Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
adalah kesimpulan dan penutup yang tidak akan ada sambunganya lagi kepada
semua ajaran-ajaran Nabi-Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah s.w.t. Oleh kerana
itulah, persamaan agama antara kristian dan Yahudi tidak jauh berbeza. Pada
zaman Rasulullah s.a.w, orang Yahudi ini hidup secara rambang dan menyebabkan ‘agama’
Yahudi ini tersebar. Ada antara mereka yang tinggal di Arab Saudi terutamanya
di Kota Madinah dan Khaibar. Orang-orang Yahudi dan orang Islam pada zaman Nabi
s.a.w hidup bersama-sama dan tinggal di bawah satu rukun yang sama dan tetap
setia kepada ajaran agama masing-masing. Apabila Madinah diserang pihak musuh,
maka orang Yahudi dan Islam ini bersama-sama mempertahankan Kota Madinah tanpa
ada semangat perkauman. Apabila orang Yahudi pula diserang, maka orang Islam
akan turut membela mereka dan hal yang sebaliknya turut berlaku apabila orang
Islam yang diserang oleh pihak luar maka orang Yahudi ini menyumbangkan tenaga
dalam memerangi musuh Islam.
Mengapa
orang Yahudi ini tidak menjadi pengikut kepada agama Islam yang berkembang pada
masa itu? Hal ini kerana, sudah tercatat dalam kitab suci mereka bahawa angkat
bangkit seorang Nabi dan Rasul yang baru. Catatan ini telah diramal sejak
berabad-abad lamanya dan akhirnya muncullah Nabi Muhammad s.a.w. Namun, setelah
Nabi dan Rasul yang diramalkan itu telah lahir di Makkahtul Mukaramah, dan
berhijrah ke Madinah lantas menjadikan pengaruh ajarannya itu berkembang luas
dan hal ini mengundang rasa amarah dan iri hati dalam kalangan Yahudi. Akibat
perasaan itulah, pelbagai cara yang
diusahakan agar baginda s.a.w tidak mempunyai sebarang pengikut kepada ajaran
syumul Islam yang dibawa. Mereka juga
berusaha sedaya upaya untuk membunuh Nabi s.a.w dengan segala macam cara
khianat agar baginda terus kalah dalam memperjuangkan kesyumulan agama yang
dibawanya. Tetapi segala usaha mereka itu selalu digagalkan Allah dan mereka
tetap tidak berputus asa. Firman Allah di QS Ali Imran ayat 186
“Dan engkau (Muhammad) akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu (orang-orang Yahudi) yang musyrik, gangguan yang banyak dan menyakitkan hati. Jika engkau bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya itu adalah termasuk urusan yang utama”.
Kesabaran dan ketaqwaan tentu saja tidak membawa erti bahawa mereka perlu
membiarkan saja segala dugaan yang ada di depan mereka, malah mereka tetap
harus melawan dengan cara yang ditentukan Allah yang tidak mampu melewati batas
pemikiran jumud manusia. Kisah penghinaan dan penderitaan ini bukan berlangsung
sehari mahupun seminggu malahan berpuluh tahun bahkan ratusan tahun yang sudah
peristiwa demi peristiwa tentang kaum Yahudi ini mempunyai kegemaran yang ‘indah’
iaitu melakukan penghinaan ke atas baginda Rasulullah s.a.w dan ajaran yang
dibawa baginda. Bukan itu sahaja, penghinaan dan mempermainkan kalimah suci
dari Allah yang sudah bermula sejak zaman Nabi Musa a.s, Harun a.s, Daud a.s,
Sulaiman a.s, Zakariya a.s, Yahya a.s lalu Isa a.s berterusan! Maka, turun lagi
ratusan ayat Al Quran menerangkan dan menjawab perihal penghinaan Yahudi itu.
Rasulullah SAW dan umat Islam berhadapan segala tindakan Yahudi dengan cara
yang baik, tetapi harus membalas tindakan kekerasan dengan kekerasan yang
setimpal. Firman Allah SWT QS Al Baqarah ayat 194
“ Barang siapa yang menyerang kamu maka seranglah ia dengan cara yang seimbang dengan serangannya terhadap kamu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah berpihak kepada orang-orang yang bertaqwa”
Tetapi diantara pendeta-pendeta, golongan cerdik pandai ilmuan dari kaum Yahudi
ini turut ada di antara mereka yang beriman dan membela Rasulullah Muhammad SAW,
diantaranya Hushain dari Bani Tsalabah. Mereka secara ikhlasnya telah menyerahkan
semua kekayaanya yang dimiliki bertujuan untuk memperjungkan dakwah Islam dan
akhirnya mereka ini ditakdrikan syahid dalam membela Islam semasa Perang Uhud. Rasulullah
s.a.w telah menggantikan namanya menjadi Abdullah bin Salam. KeIslamannya
disembunyikan dan dirahsiakan agar tidak sampai diketahui oleh orang-orang
Yahudi. Hal ini karena mereka akan diuji oleh Rasulullah s.a.w. Dan ketika
orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah Muhammad SAW , beliau bertanya
kepada mereka “Apa yang kalian ketahui tentang Hushain bin Salam?” Mereka
menjawab “Ia penghulu kami, anak dari penghulu kami, orang alim kami dan
seorang yang paling alim ditengah-tengah kami”
Setelah mereka berkata demikian, Abdullah bin Salam muncul ditengah tengah
mereka, kemudian Abdullah bin Salam berseru kepada mereka “Hai Kaum Yahudi,
takutlah kamu akan Allah, terimalah apa yang sudah disampaikan kepadamu dari
Muhammad, demi Allah tentu kamu tahu bahwa ia (Muhammad) adalah Rasul Allah,
bahkan namanya tercantum dalam Kitab Tauratmu begitu juga sifat-sifatnya. Saya
sendiri sudah beriman kepadanya”
Baru saja mereka mendengar perkataan Abdullah bin Salam, mereka langsung
berkata “Engkau pembohong” lalu mereka mengejek dan menghinanya. Mengertilah Rasulullah
SAW bagaimana tingkahlaku bangsa Yahudi itu sesuai dengan ayat-ayat Al Quran
yang diturunkan kemudian. Namun, ada pula orang-orang Yahudi yang jujur dan turut
beriman serta membela Rasulullah SAW, diantaranya Said bin Syanah, Tsalabah bin
Said, As`ad bin Asad bin Ubaid.
Antara kaum Yahudi yang berlaku tidak
jujur kerana kekuatan Rasulullah s.a.w ialah As`ad bin Hanif, Said bin Shait
dan Says bin Qais. Merekalah yang disebut golongan Munafiqun. Mereka ini
jugalah yang sebenarnya mau melenyapkan Islam dari berkembang ke seantero alam
bahkan adalah satu kelegaan bagi golongan Munafiqun ini jika dapat membunuh
Rasulullah s.a.w. Namun, baginda s.a.w tidak pernah gentar dan terus
memperjuangkan syiar Islam.
p/s: sama-samalah
kita ambil iktibar dari kisah ini. InsyaAllah....:)
belajar supaya
tidak tergolong dalam golongan Munafiqu…..
salawat ke atas
Muhamaad s.a.w
perkongsian yg bgus.. ^^ keep it.
ReplyDeleteika singgah n folo here.. ^^
Thanks Ika...semoga sama2 boleh ambil iktibar...^^
ReplyDelete