Ehem3...Memandangkan hari ini geng #occupydataran masih lagi 'bersidang' di Universiti Dataran Merdeka, jadi saya pun teringin sangat nak jadi Pensyarah juga. It's called, 'Free Education'...Tak mau banyak cakap, saya terus kepada pembelajaran yang ingin saya sampaikan okay...Untuk Kuliah Cinta Sesi Pertama ini saya menyempitkan tajuk ini di bawah skop LOVE IS CINTA (LIC). Diharapkan kuliah ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah la yea...Sama-sama kita doakan. ^_^
LOVE IS CINTA (LIC)

Bagaimana ingin mewujudkan LIC dalam diri?
Berikut merupakan kaedah-kaedah yang saya kira mampu meningkatkan lagi pertahanan LIC yang sememangnya sudah wujud dalam diri masing-masing. Saya suka menggunakan kaedah yang dimulakan dengan ayat HORMAT yang pada saya mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Perlu diingat, kaedah ini perlu ditanam setiap hari dalam diri agar ia berterusan. InsyaAllah, sekiranya berterusan maka tidak akan ada lagi hati kita tidak akan berpaling dari apa yang digelar sebagai memiliki sebuah LIC yang bersih lagi suci.
1. Menghormati Undang-undang Negara.
Kita sedia maklum, setiap yang hidup pasti berlandaskan undang-undang. Sebagai makhluk ciptaan yang Esa juga kita tertakluk dengan undang-undang yang telah disyariatkan (mengikut kepercayaan masing-masing). Begitu juga dalam menduduki sesebuah negara. Kita telah digariskan dengan peraturan yang tersendiri, Di Malaysia, kita tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta-Akta lain (selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan). Sekiranya tertanamnya sikap rasa menghormati undang-undang negara, sudah pasti perasaan LIC akan membawa kepada keamanan sejagat dalam diri semua masyarakat tanpa ada sebarang perpecahan. Persoalannya, mampukah kita semua menghormati undang-undang yang digariskan? Perundangan yang disyariatkan juga berani kita langgar apatah lagi peraturan yang digubal oleh manusia. Itulah kelemahan kita termasuk saya sendiri. Mudah-mudahan kita sama-sama boleh tingkatkan rasa horrmat terhadap perundangan.
2. Menghormati sesama manusia.
Dalam dunia ni, kita saling berhubungan antara satu sama lain dengan makhluk yang digelar manusia. Kita semua manusia ciptaan yang Esa. Walau berbeza warna kulit, berbeza bentuk badan, berbeza bangsa dan agama, perkara yang paling penting untuk mengekalkan rasa LIC ini ialah dengan menghormati sesama sendiri. Rasionalnya, kita sering bertukar senyuman dengan orang yang tidak dikenali dan tidak akan ada sebarang permasalahan selagi tidak ada sesiapa yang menganggu diri kita. Persoaln yang saya boleh lontarkan di sini, adakah kita mampu menghormati orang yang pernah menghina kita dengan mudah? Sekiranya kita mampu, LIC yang wujud pada diri anda boleh dikategorikan sebagai profesional. Sekiranya, emosional masih kuat menguasai diri, maka kuasa LIC akan semakin pudar dan terus malap. Tidak percaya cuba lihat gambar polis dan si gadis cina. Si gadis ingin berdemo sempat menghormati si polis dengan memberi bunga. Walaupun si polis tidak mengambil bunga itu, tetapi senyuman tidak lekang di bibir tanda menghargai penghormatan yang diberi. Situasi ini berlaku semasa BERSIH 3.0. Jika sikap saling menghormati ini berterusan, sudah tentu Himpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur akan berjaya seperti Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah, Sarawak, Mesir dan sebagainya. Kata kunci yang paling penting ialah sikap kehormatan harus sentiasa ada dalam diri sesama manusia.
3. Menghormati Persekitaran

4. Menghormati diri sendiri.
Ini adalah kaedah yang saya kira paling utama dan paling pantas dalam mendapatkan ramuan kesucian dan kebersihan sebuah LIC. Sudah pasti ada yang tertanya-tanya kenapa hal ini juga turut termaktub dalam kaedah yang saya syorkan. Secara logik akalnya, setiap manusia itu sudah tentu ada rasa menyayangi diri sendiri dan yang paling pentingakhlak peribadi yang baik perlu ditanam dalam diri setiap orang. Sekiranya ada sikap seperti ini, maka kita akan sedar bahawa pergaduhan itu hanya menyakitkan badan, pertengkaran itu hanya membinasakan urat-urat badan, perlawanan itu hanya merosakkan sistem badan dan perbalahan itu sudah pastinya telah memutuskan persaudaraan dan persahabatan sesama sendiri. Situasi yang boleh dirujuk adalah seperti ini, seorang pemain bola sepak pasukan A tertendang kaki pasukan B secara tidak sengaja. Kalau si A meminta maaf secara baik dan membantu si B mungkin si B akan memaafkan. Kalau si A datang dan menuduh si B cuai, mungkin akan berlaku pergaduhan. Kalau si B bangun dan menyerang si A walaupun si A berulangkali memohon maaf juga akan jadi pergaduhan besar, dan kalau si B bangun sambil mohon maaf atas kecuaiannya kepada si A sudah tentu tiada sebarang masalah. Bila ada rasa menghormati diri sendiri, LIC untuk diri sendiri akan bertambah mekar dan akan tersebar kepada orang disekeliling secara mudah dan senang. Tapi persoalan saya pula, berapa ramai orang yang tak hormatkan diri sendiri? Mesti tak ada seorang pun yang mengaku kan. Kalau tak ada baguslah cuma pesanan ikhlas saya janganlah suka sangat ikut emosi tu. Sebab suka emosional tu lah hilangnya rasa LIC lantas menyebabkan kita melakukan tindakan-tindakan bodoh yang akhirnya sampai kejam terhadap diri sendiri.
5. Menghormati pertuturan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Kaedah yang last saya paling suka tekankan. Selalu di televisyen terpampang iklan 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'. Harapnya akan terus berkekalan. Bukan apa, tanpa ada sikap ini, perasaan LIC tak akan wujud. Hal ini kerana, lidah yang manusia ini sesungguhnya sangat lembut namun tidak bertulang. Namun, kehebatan lidah ini terserlah. Kerana lidah boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Kerana lidah juga boleh mendamaikan dan boleh mencetuskan pertelingkahan dan perbalahan. Kerana lidah juga boleh menghina dan memuliakan seseorang. Kerana lidah juga boleh menjadi sesuatu yang mempesonakan dan boleh jadi menghairahkan. Kerana lidah itu juga boleh menghasut melalui fitnahnya dan boleh memujuk untuk menuntut kemahuannya. Oleh sebab semua 'kerana' yang hadir itulah, pertututan kita perlu dijaga sebaik-baik yang mungkin untuk mengelakkan kita kehilangan LIC. LIC sememangnya sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Saya rasa cukuplah sampai disini Kuliah Cinta kita yang bertajuk Love is Cinta ini. Maaflah atas kekurangan ilmu yang saya ada ini. Maklumlah, saya hanya insan yang memiliki ilmu ibarat seekor burung minum setitik air di lautan yang luas. Setitik itulah saja ilmu yang saya ada dan saya coretkan sebagai kuliah saya bagi menyahut seruan Free Education. Kepada anak muda bangsa jiwa negara, membacalah dan jangan berhenti dari menuntu ilmu cinta ini. ^___^
No comments:
Post a Comment