Thursday, 3 May 2012

7 Perkara Bengangkan Roomate


Hari nie nak kongsi serba sedikit perkara-perkara yang boleh membengangkan roomate anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah melakukan kesilapan yang menyakitkan hati mereka. Semua perkara yang saya sharekan di bawah ini adalah hasil dari persidangan meja besar yang melibatkan 30 orang mahasiswa/i yang mengantuk tatkala diumumkan kelas pada petang tersebut dibatalkan. Bagi mengisi kekosongan masa yang ada, kami sebulat bersuara ingin menghabiskan masa di kelas tersebut sambil bersembang akan keburukan roomate masing-masing. Jahat kan? Tapi kaedah ini sebenarnya melegakan dan akan membuat kita lebih tenang. Berkongsi suatu perkara yang bagus dapat mengelakkan penyakit hati yang tidak bersih. Hehehe. #_#

Perkara 1 : Memasang lagu yang kuat semasa kawan sedang tidur

Bayangkan Abu tidur pada jam 12 malam manakala si Ali tidur pada jam 4 pagi kerana menyudahkan assignment. Si Abu tahu akan keadaan tersebut. Kemudian si Abu terbangun pada jam 7 pagi dan terus online facebook. Sambil berfacebook, si Abu meemasang lagu berentak techno pada volume yang sungguh kuat. Si Ali yang terkejut lantas terbangun dan hanya memandag si Abu dengan pandangan sepi. Hendak di tegur, si Abu seorang yang kuat melenting maka didiamkan saja dan menanti si Abu keluar untuk pergi kelas pada jam 9.30 pagi. 

Perkara 2 : Tidak menutup pintu bilik

Si Minah suda tidur seawal jam 10 malam manakala si Zaiton bergayut di luar bilik. Sekembalinya dari bilik beliau terus merebahkan diri dan Si Joyah pula menegur agar si Zaiton menutup pintu. Sudahnya si Zaiton hanya memekakkan telinga dan terus tidur.  Si Joyah dengan bengang bangun dan menutup pintu dengan kasar namun si Zaiton tetap mematikan diri.

Perkara 3: Tidak menutup lampu

Si Hussin seorang yang perlu menutup lampu ketika tidur. Sedang si Hussin nyenyak tidur pada jam 2 pagi, si Hassan bangun dan memasang lampu bilik untuk membuat tugasan sedangkan lampu belajar ada. Lalu si Hussin dengan muka bengang mendengus kasar. 

Perkara 4: Menutup lampu

Si Munah masih membuat kerjanya dengan tenang seawal jam 1.30 pagi, Sedang seronok membuat tugasan, tiba-tiba si Limah bangun dari meja belajar dan terus menutup lampu dan merebahkan diri ke tempat tidur. Si Munah yang terkejut hanya mendengus kecil sambil membuka lampu belajar. 

Perkara 5: Sidai Kain

Zati memerhatikan cuaca panas terik dan terdetik di hatinya mungkinkah sang hujan akan turun mencurahi bumi? Tiba-tiba si Zimah masuk sambil membawa pakaian yang baru di cuci di mesin basuh dan menyidai di dalam bilik. Si Zati hanya terdiam! Keadaan bilik asrama mahasiswi itu tidak wajar digantung kain kerana pengudaraan akan menjadi lembap dan memeningkan apabila bercampur dengan bau sabun dari baju yang baru dibasuh. Sungguh melemaskan Zati situasi seperti ini. 

Perkara 6: Bila perlu, lembut. Bila marah, dibuang.

Luna hanya mendiamkan diri memerhatikan Zana yang membebel kegeraman. Dia terdiam. Si Zana berkonflik dengan kawan-kawan akibat program namun dilepaskan kemarahannya itu di bilik. Namun, tatkala telefon Zana berdering, dengan nada lembutnya Zana menjawab, 'Halo, Sayang', walhal si Luna menjadi mangsa jeling dan amarahnya. Teruknya perangai!

Perkara 7: Hipokrit

Lazimnya, roomate lebih kenal siapa diri kita sebenar. Si Armi mengadu domba bahawa si Ahmad dan Si Din memulaukan beliau kepada roomatenya Si Kadir. Si Kadir hanya menggelengkan kepala apabila pada waktu itu, si Ahmad dan si Din masuk berkunjung ke bilik sambil berborak-borak. Terlalu mesra layanan si Armi seperti tidak pernah ada sebarang konflik yang diceritakan kepada si Kadir! Sungguh hipokrit.


       Hanya 7 perkara sahaja yang saya dapat kongsikan. Tunggulah di sesi lain.Tetapi perkara seperti ini membawa impak yang besar dan menyebabkan si Spongebob bergaduh besar dengan Squid si teman baiknya.







~by Misa~

Tuesday, 1 May 2012

Free Education: Kuliah Cinta -LOVE IS CINTA-

Ehem3...Memandangkan hari ini geng #occupydataran masih lagi 'bersidang' di Universiti Dataran Merdeka, jadi saya pun teringin sangat nak jadi Pensyarah juga. It's called, 'Free Education'...Tak mau banyak cakap, saya terus kepada pembelajaran yang ingin saya sampaikan okay...Untuk Kuliah Cinta Sesi Pertama ini saya menyempitkan tajuk ini di bawah skop LOVE IS CINTA (LIC). Diharapkan kuliah ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah la yea...Sama-sama kita doakan. ^_^



LOVE IS CINTA (LIC)
Kenapa saya memilih untuk mendiskusikan tajuk berkenaan tentang Kuliah Cinta? Sebabnya saya melihat majoriti masyarakat kita kini sudah semakin lupa apakah yang dimaksudkan dengan LIC. Hal ini kerana., mereka cuma faham akan fahaman yang mudah tetapi tidak dalam skop yang meluas dan menyebabkan mereka semakin jumud dengan istilah-istilah yang begitu abstrak ini. Fikiran yang sempit akan menyebabkan kita hilang rasa LIC  kepada banyak perkara. Apabila kita hilang akan rasaan suci ini, maka keganasan, penindasan, pergaduhan, pembunuhan, dan pelbagai jenayah sosial akan terus berlaku dan tanpa kita sedari kita telah hilang rasaan LIC dalam diri lalu menjadikan kita seorang manusia yang hilang pertimbangan dan boleh juga disebut sebagai kejam! Mahukah kita dikenali seperti sedemikian rupa? sudah tentu tidak bukan? Masing-masing dari kita semua mempunyai hasrat hati dan impian yang tersendiri. Oleh itu objektif utama Kuliah Cinta ini adalah bertujuan untuk membantu melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara rasional sebelum melakukan tindakan dan yang paling penting saya ingin menyemai dan menyemarakkan lagi rasa LIC ini dalam diri semua orang secara berterusan tanpa ada nokhtahnya! 

Bagaimana ingin mewujudkan LIC dalam diri?
Berikut merupakan kaedah-kaedah yang saya kira mampu meningkatkan lagi pertahanan LIC yang sememangnya sudah wujud dalam diri masing-masing. Saya suka menggunakan kaedah yang dimulakan dengan ayat HORMAT yang pada saya mempunyai nilai estetika yang tersendiri.  Perlu diingat, kaedah ini perlu ditanam setiap hari dalam diri agar ia berterusan. InsyaAllah, sekiranya berterusan maka tidak akan ada lagi hati kita tidak akan berpaling dari apa yang digelar sebagai memiliki sebuah LIC yang bersih lagi suci.

1. Menghormati Undang-undang Negara.
           Kita sedia maklum, setiap yang hidup pasti berlandaskan undang-undang. Sebagai makhluk ciptaan yang Esa juga kita tertakluk dengan undang-undang yang telah disyariatkan (mengikut kepercayaan masing-masing). Begitu juga dalam menduduki sesebuah negara. Kita telah digariskan dengan peraturan yang tersendiri, Di Malaysia, kita tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta-Akta lain (selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan). Sekiranya tertanamnya sikap rasa menghormati undang-undang negara, sudah pasti perasaan LIC akan membawa kepada keamanan sejagat dalam diri semua masyarakat tanpa ada sebarang perpecahan. Persoalannya, mampukah kita semua menghormati undang-undang yang digariskan? Perundangan yang disyariatkan juga berani kita langgar apatah lagi peraturan yang digubal oleh manusia. Itulah kelemahan kita termasuk saya sendiri. Mudah-mudahan kita sama-sama boleh tingkatkan rasa horrmat terhadap perundangan. 

2. Menghormati sesama manusia.
          Dalam dunia ni, kita saling berhubungan antara satu sama lain dengan makhluk yang digelar manusia. Kita semua manusia ciptaan yang Esa. Walau berbeza warna kulit, berbeza bentuk badan, berbeza bangsa dan agama, perkara yang paling penting untuk mengekalkan rasa LIC ini ialah dengan menghormati sesama sendiri. Rasionalnya, kita sering bertukar senyuman dengan orang yang tidak dikenali dan tidak akan ada sebarang permasalahan selagi tidak ada sesiapa yang menganggu diri kita. Persoaln yang saya boleh lontarkan di sini, adakah kita mampu menghormati orang yang pernah menghina kita dengan mudah? Sekiranya kita mampu, LIC  yang wujud pada diri anda boleh dikategorikan sebagai profesional. Sekiranya, emosional masih kuat menguasai diri, maka kuasa LIC akan semakin pudar dan terus malap. Tidak percaya cuba lihat gambar polis dan si gadis cina. Si gadis ingin berdemo sempat menghormati si polis dengan memberi bunga. Walaupun si polis tidak mengambil bunga itu, tetapi senyuman tidak lekang di bibir tanda menghargai penghormatan yang diberi. Situasi ini berlaku semasa BERSIH 3.0. Jika sikap saling menghormati ini berterusan, sudah tentu Himpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur akan berjaya seperti Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah, Sarawak, Mesir dan sebagainya. Kata kunci yang paling penting ialah sikap kehormatan harus sentiasa ada dalam diri sesama manusia.

3. Menghormati Persekitaran
       Persekitaran ini sentiasa mempengaruhi corak kehidupan manusia baik yang tinggal di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Bak kata peapatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Persekitaran amat wajib untuk dihormati kerana ia mampu memberikan efek spritual kepada manusia. dan sekiranya persekitaran bersih dan lengkap dengan fasiliti sudah tentu mendatangkan kesenangan kepada masyarakat. Dalam pentadbiran sesebuah negara, kerajaan akan berusaha menyediakan kebajikan dan kemudahan fasiliti samada secara percuma ataupun berbayar kepada masyarakatnya. Sekiranya, hak ini hilang, maka adalah amat wajar untuk dituntut oleh masyarakat. Namun persoalannya disini, mampukah kita menuntut dengan cara yang lebih beretika dan tidak melibatkan kerosakan harta awam disamping mencemarkan alam sekitar dengan simbahan air dan gas? Persoalan yang saya lontarkan ini sudah semestinya merujuk kepada Tragedi 4-28! Apa tragedi itu? Sudah tentu BERSIH 3.0. Saya tidak mahu menyentuh tentang siapa yang benar dan siapa yang salah kerana saya tidak berada di tempat kejadian, jadi saya tidak mahu salah dalam membuat anggapan. Namun begitu, melalui pembacaan artikel, saya menganggap isu ini sesuai dijadikan contoh terbaik dalam Kuliah Cinta kita pada hari ini. Apa tidaknya, kita melihat, sikap menghormati persekitaran yang hilang begitu sahaja menyebab LIC yang wujud dalam diri setiap masyarakat baik penyokong mahupun polis sama-sama hilang pertimbangan. Terlalu banyak perkataan kalau yang saya boleh gambarkan di sini. Kalaulah rakyat hanya terus duduk dan bantah? Kalaulah polis hanya simbah air guna pili bomba? Kalaulah polis hanya tangkap pemyokong tanpa belasah? Kalaulah penyokong tidak merosakkan kereta polis? Kalaulah polis dan penyokong boleh bersatu bagai aur dengan tebing?....Kalaulah semua ini terjadi, sudah tentu perasaan LIC akan terus bercambah dan mekar menjadi satu kelopak yang indah. Perasaan inilah yang membawa kepada keamanan sejagat. Tetapi sayang, kerana kurang hormat persekitaran terlalu banyak keburukan yang terpampang dengan megahnya di media massa. 

4. Menghormati diri sendiri.
           Ini adalah kaedah yang saya kira paling utama dan paling pantas dalam mendapatkan ramuan kesucian dan kebersihan  sebuah LIC. Sudah pasti ada yang tertanya-tanya kenapa hal ini juga turut termaktub dalam kaedah yang saya syorkan. Secara logik akalnya, setiap manusia itu sudah tentu ada rasa menyayangi diri sendiri dan yang paling pentingakhlak peribadi yang baik perlu ditanam dalam diri setiap orang. Sekiranya ada sikap seperti ini, maka kita akan sedar bahawa pergaduhan itu hanya menyakitkan badan, pertengkaran itu hanya membinasakan urat-urat badan, perlawanan itu hanya merosakkan sistem badan dan perbalahan itu sudah pastinya telah memutuskan persaudaraan dan persahabatan sesama sendiri. Situasi yang boleh dirujuk adalah seperti ini, seorang pemain bola sepak pasukan A tertendang kaki pasukan B secara tidak sengaja. Kalau si A meminta maaf secara baik dan membantu si B mungkin si B akan memaafkan. Kalau si A datang dan menuduh si B cuai, mungkin akan berlaku pergaduhan. Kalau si B bangun dan menyerang si A walaupun si A berulangkali memohon maaf juga akan jadi pergaduhan besar, dan kalau si B bangun sambil mohon maaf atas kecuaiannya kepada si A sudah tentu tiada sebarang masalah. Bila ada rasa menghormati diri sendiri, LIC untuk diri sendiri akan bertambah mekar dan akan tersebar kepada orang disekeliling secara mudah dan senang. Tapi persoalan saya pula, berapa ramai orang yang tak hormatkan diri sendiri? Mesti tak ada seorang pun yang mengaku kan. Kalau tak ada baguslah cuma pesanan ikhlas saya janganlah suka sangat ikut emosi tu. Sebab suka emosional tu lah hilangnya rasa LIC lantas menyebabkan kita melakukan tindakan-tindakan bodoh yang akhirnya sampai kejam terhadap diri sendiri.

5. Menghormati pertuturan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
              Kaedah yang last saya paling suka tekankan. Selalu di televisyen terpampang iklan 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'. Harapnya akan terus berkekalan. Bukan apa, tanpa ada sikap ini, perasaan LIC tak akan wujud. Hal ini kerana, lidah yang manusia ini sesungguhnya sangat lembut namun tidak bertulang. Namun, kehebatan lidah ini terserlah. Kerana lidah boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Kerana lidah juga boleh mendamaikan dan boleh mencetuskan pertelingkahan dan perbalahan. Kerana lidah juga boleh menghina dan memuliakan seseorang. Kerana lidah juga boleh menjadi sesuatu yang mempesonakan dan boleh jadi menghairahkan. Kerana lidah itu juga boleh menghasut melalui fitnahnya dan boleh memujuk untuk menuntut kemahuannya. Oleh sebab semua 'kerana' yang hadir itulah, pertututan kita perlu dijaga sebaik-baik yang mungkin untuk mengelakkan kita kehilangan LIC. LIC sememangnya sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. 


             Saya rasa cukuplah sampai disini Kuliah Cinta kita yang bertajuk Love is Cinta ini. Maaflah atas kekurangan ilmu yang saya ada ini. Maklumlah, saya hanya insan yang memiliki ilmu ibarat seekor burung minum setitik air di lautan yang luas. Setitik itulah saja ilmu yang saya ada dan saya coretkan sebagai kuliah saya bagi menyahut seruan Free Education. Kepada anak muda bangsa jiwa negara, membacalah dan jangan berhenti dari menuntu ilmu cinta ini. ^___^



 -by Misa-


Sunday, 29 April 2012

Di sebalik 4-28.........BERSIH 3.0

Sebelum bermula Himpunan Bersih, Demo Mansuh PTPTN dan Free Education dari geng #occupydataran sudah memulakan langkah sejak 14 April yang lalu. Terlalu banyak cerita yang boleh dikongsikan.Saya ingin berkongsi melalui hasil pembacaan saya dan juga hasil daripada teman-teman seperjuangan yang menyokong perhimpunan Bersih 3.0! Sila la rujuk Berita Semasa untuk melihat kronologi gerakan Himpunan Bersih 3.0 ini.

1. Penyokong Bersih 3.0 di Kuala Lumpur hari ini mencatat jumlah penyokong terbesar iaitu sebanyak 200 000-250 000 namun media massa menyatakan kepada umum bahawa yang hadir hanyalah 25 ribu. Oh, tidak! Melihat kesesakan jalan raya sudah tentu jumlah penyokong adalah lebih daripada itu. Mari tengok gambar ini, 25 000 atau 250 000???








2. Dalam My News, memaparkan bahawa Azri dibelasah oleh penyokong Bersih manakala dinafikan oleh penyokong Bersih.Seharusnya penyokong Bersih perlu bertindak lebih rasional dan matang! Tindakan seperti ini mengundang padah kepada diri sendiri dan menampakkan ketidakmatangan dalam menuntut apa yang diperjuangkan. Semoga saudara Azri beransur pulih! Hentikan keganasan ini!



3. Himpunan Bersih 3.0 Dataran Merdeka akan menjadi sebuah Himpunan yang paling berjaya kiranya kesemua penyokong hanya mengikut apa yang ditetapkan iaitu DUDUK DAN BANTAH. Tapi  malangnya, ketidaksabaran para penyokong juga mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku! Mujurlah saya memutuskan untuk menarik diri menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka last minute, itupun kerana saya lebih mengutamakan kerja yang perlu diselesaikan. Namun saya kasihan dengan para penyokong ini, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya percaya yang melakukan 'rusuhan' adalah minoriti tetapi impaknya turut dirasai oleh semua. Saya berbangga dengan Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di tempat saya sendiri Kota Kinabalu, Sabah. Jika kita menuntut di jalan dan landasan yang betul, ada sikap akhlak dan budi pekerti yang baik, saling menghormati antara satu sama lain, insyaAllah, tuntutan itu akan didengar. Sayangnya Himpunan Bersih 3.0 Kuala Lumpur sedikit cacat. Lihat video di bawah ini.




4. Sehingga kini dilaporkan lebih 300 orang telah ditahan. Dalam facebook Nasrudin-Hassan, beliau menyatakan bahawa, beberapa orang telah menjadi mangsa oleh abang-abang polis yang gagah lagi perkasa. Dalam hal ini, saya melihat dari aspek 'POLICY DEMAND' yang memang perlu diadakan bagi negara-negara yang melaksanakan sistem demokrasi. Sekiranya, penyokong Bersih itu ditahan, janganlah sampai dipukul selagi para penyokong tidak menggunakan kekerasan. Penyokong Bersih juga perlu berpegang kepada konsep tersebut. Semoga semua tahanan dilayan dengan baik dan semoga hati semua abang-abang polis menjadi sejernih air. Amin!

5. Media massa turut melaporkan berita yang kurang sahih contohnya menyiarkan tentang dua orang pegawai polis yang meninggal dunia akibat himpunan ini. Namun PDRM melalui facebook rasmi telah menyatakan bahawa tiada kematian berlaku dari pihak polis. Semoga keadaan yang keruh tidak semakin kabut.

6. 3 orang mahasiswa  dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia turut ditahan dan dilaporkan dua orang mahasiswa cedera akibat terkena gas pemedih mata seperti yang dilaporkan oleh Berita Universiti
7. Dilaporkan kereta polis dirusuh oleh penyokong Bersih hakikatnya para penyokong berbuat demikian akibat ingin membantu 3 orang penyokong yang dilanggar oleh kereta polis tersebut. Kalaulah polis itu bersikap sabar sedikit dalam pemanduan...Kalaulah masyarakat kita masyarakat yang pemaaf dan penyayang...Kalaulah mereka boleh berdiskusi dengan baik...sudah tentu hal seperti ini tidak akan berlaku.


Terlalu banyak isu yang boleh dipaparkan. Pada hemat saya, kedua-dua pihak mempunyai kesalahan yang tersendiri. Mereka tidak boleh dihalang dari menuntut apa yang diperjuangkan kerana ini negara demokrasi namun mereka juga alah kerana terlalu emosional dalam menuntut perjuangan mereka. Sekiranya mampu bersikap rasional, sudah tentu kejadian seumpama ini tidak berlaku. BUDI BAHASA BUDAYA KITA perlu diterapkan semula dalam jiwa masing-masing demi semangat cintakan keamanan dan kedamaian untuk negara Malaysia. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar buat ita semua di masa akan datang dan semoga kerajaa mampu membuka mata dan bersikap lebih telus dan amanah dalam mejalankan tugas yang diberi. Hapuskan Korupsi! Kembalikan Ketelusan!


~by Misa~

Saturday, 28 April 2012

Falling in Love with Someone?



I just think about couple right now! Why? Huh, sometimes when we feel lonely, we must thinking about someone that we love, right? Is this what u feel about someone that u really love it?

          We feel very calm when we fall in love with someone but we feel not calm when someone that we love stand near with us

          We feel happy when the person that we love is happy but we feel unhappy when the person that we love is happy when talking to another girls/boys...

           We feel so lovely when we can talk with him/her like he/she kowing about our heart, but we feel so angry when he/she told us that he/she have another person that they like very much....

           But we still can't tell the truth that we really love him/her so much! So, until forever, we only can see he.she as someone that we interest to knows or we and they only have an attraction...But that is change when we can tell them that we really fall in love with him/her! But there is a one word is 'MAYBE'.

MAYBE...
1. WE CAN TO BE A FRIEND...
2. WE CAN TO BE A PARTNER OF BUSINESS @ ANYTHING
3. WE CAN TO BE ENEMY
4. WE CAN TO BE ENGAGED WITH HIM/HER
5 WE CAN MARRIED TO THEM....
ALL THE MAYBE'S CAN WE GET IF WE BRAVE TO TELL THE TRUTH ABOUT OUR HEART..............


At the end of the day, matters of the heart is very complicated !!! That what I feel actually....Heeee...#_#

lots of tired to waiting my future love,
~Misa~

BERSIH 3.0....Wajar atau Tidak?

Detik 28 April 2012 telah tiba dan ini saatnya untuk melihat suatu Himpunan yang telah dirancang sejak beberapa bulan yang lepas. Himpunan BERSIH 3.0 yang dipengerusikan oleh Pak Samad sasterawan tercinta negara bersama Datuk Ambiga dengan kerjasama 84 buah NGO akan dipertontonkan kepada masyarakat seluruh Malaysia pada hari ini. Secara jujurnya saya telah menyatakan pendirian saya secara umum tentang Bersih malam tadi dengan menyatakan bahawa,

"For me, ''BERSIH 3.0" is a story between public citizen and Electioan Commision of Malaysia. In Political Science it's called POLICY DEMAND. So, it is COMMON and SHOULD BE HELD. There is no problem if the supporters can be more rational and open minded in claim what they really want. But the problem is majority of the supporters still confuse and they really obsess in their politician party! For the all supporters, you must remember, this is not a story about PR VS BN. It's all about Election Commision of Malaysia and claim to them to be more transparent and trustworthy!" by Misa Asyidah Mizuki (Ety Dayang)

          Merujuk kepada 8 tuntutan BERSIH 3.0, saya melihat kewajaran himpunan ini diadakan. Adalah amat perlu rakyat bangkit menyatakan apa yang dirasakan betul dan memberi implikasi positif yang berpanjangan terhadap pentadbiran sebuah negara. Namun, berapa ramai yang merasakan kewajaran Himpunan Bersih 3.0 ini sebagai satu usaha terbaik untuk negara demokrasi? Hakikatnya, masih ada suara-suara sumbang yang menyatakan betapa bodohnya masyarakat yang berhimpun di Dataran Merdeka untuk Duduk dan Bantah. Mereka lebih gemar menyatakan pendirian untuk tidak bersama Duduk dan Bantah kerana mendakwa perbuatan itu menganggu orang awam. Benarkah begitu? 

           Meneliti kepada kewajaran perhimpunan ini, dari aspek positif dan melihat kepada apa yang disebut sebagai demokrasi, saya secara jujur menyokong Himpunan BERSIH 3.0. Hal ini kerana terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam  Pilihan Raya seperti status Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi, pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesebuah kawasan misalnya dilaporkan di Pekan daftar pengundi baru ialah 18 ribu orang sedangkan di Kuantan hanya lima ribu sahaja dan hal ini menimbulkan banyak persoalan dan banyak lagi isu yang mempersoalkan ketelusan SPR dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kenapa sebuah bandar hanya mencatat pertambahan bilangan pengundi yang sedikit dan di pekan pula pertambahan yang mendadak. Sumber ini saya peroleh ketika perbincangan bersama teman seperjuangan dalam Transformasi Mahasiswa dua minggu yang lepas juga bersama wakil mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Persoalan yang boleh saya lontarkan adakah ini benar-benar telus ataupun tidak? 

             Meninjau perhimpunan BERSIH 3.0 dari aspek negatif, saya hanya melihat kepada kekeliruan para penyokong yang menghadiri BERSIH 3.0 ini. Mereka ini saya katakan keliru apabila terlalu obses dengan semangat kepartian yang mereka sokong. Seharusnya, dalam memastikan tuntutan yang dibuat akan dilaksanakan sepenuhnya, mereka ini perlu menyedari akan kepentingan tuntutan yang dibuat bukannya kerana parti politik mereka! Hal ini adalah salah dan menyebabkan ketidakwajaran himpunan ini diadakan. Sekiranya kekeliruan ini dapat dimusnahkan, adalah mudah untuk memastikan tuntutan yang diperjuangkan dapat dibawa ke peringkat yang seterusnya. 

               Tanpa melibatkan semangat kepartian dan sudah semestinya saya bersifat non-partisan di sini, menyatakan bahawa sejujurnya saya menyokong BERSIH 3.0 kerana merasakan tuntutan yang dituntut adalah amat wajar dan perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat. Sekiranya ketelusan itu adalah nyata, maka BERSIH tidak akan sampai ke angka 3.0. Semoga tidak akan ada perkara yang buruk terjadi dan semoga penyokong Himpunan Bersih tidak melakukan kekasaran, keganasan dan yang paling penting tidak melaung-laungkan kata-kata yang kurang sopan. Tuntutlah dengan penuh iltizam dan keikhlasan, insyaAllah akan didengar. Jika tuntut dengan kekasaran, sudah tentu kewajaran himpunan ini punah sama sekali. 



p/s: 

8 TUNTUTAN BERSIH:-
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor....

Sedikit perkongsian tentang situasi di Dataran Merdeka seawal tengah malam tadi.  Merujuk kepada teman-teman yang turut sama menjayakan himpunan BERSIH 3.0, terlalu ramai masyarakat awam yang sudah membanjiri Dataran Merdeka dan apa yang membuatkan saya terkejut dan sedikit terkedu melihatkan persiapan yang penuh bergaya dari polis-polis da DBKL di sana. Setakat ini dilaporkan, terdapat 6 buah siren yang memekakkan telinga digantungkan di sekitar kawasan Dataran Merdeka. Jika benar siren itu dibunyikan sudah tentu akan menyebabkan rasa sakit dan kehilangan pendengaran buat sementara demi untuk menyuraikan perhimpunan esok. 

~by Misa~

Friday, 27 April 2012

My Precious Moment

Aha! What's up peeps! I just having a few quote that describing about Mother. I just sharing to all of you since I missing my mama now! So, let's read it...:)

"A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care of pie!"~by Tenneva Jordan~
"You do't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around-and why his parents will always wave back."      ~by William D. Tammeus~
"Who fed me from her gentle breast. and hushed me in her arms to rest, and on my cheek sweet kisses prest? My Mother!!! Who ran to help me when i fell, and would some pretty strory tell, or kiss the pace to make it well? My Mother."~by Ann Taylor~
"A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prospersity' when friends who rejoice with us in our sunshine desert us' when trouble thickensaround us, still will she cling us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts"~by Washington Irving~
 But whatever is it, there is don't have any special word t describe how much I love my mother. I just can say it, 'You are really My Precious Moment that I ever had and I don't want to lose it!'

Lots of Love,
~Misa~

Wujudkah Lagi Politik Mahasiswa yang Matang?

Politik mahasiswa yang matang perlu dijiwai dan dirasai dalam diri setiap mereka yang bergelar mahasiswa. Bagaimana perlunya mendapatkan politik mahasiswa peringkat matang ini? Seringkali melontarkan pertanyaan kepada diri sendiri, apakah politik mahasiswa itu matang dengan mendapatkan khidmat nasihat pensyarah yang faham akan politik? Atau apakah politik mahasiswa itu diiktiraf sebagai matang apabila mendapat bantuan dari ahli politik? Pertanyaan itu saya tinggalkan begitu sahaja kerana sehingga kini masih belum mendapat satu jawapan yang pasti. Namun, apa yang pasti saya ingin berkongsi akan karenah-karenah politik mahasiswa itu sendiri yang diiktiraf sebagai tidak matang.

             Penglibatan mahasiswa dalam kebanyakan demonstrasi yang berlau sejak kebelakangan ini mengundang pelbagai tomahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. menyingkap semula isu penurunan banting oleh aktivis mahasiswa Adam Adli, sejujurnya, diakui menurunkan banting wajah Perdana Menteri adalah suatu tindakan yang tidak bermoral namun serangan-serangan dari masyarakat awam terhadap tindakan Adam Adli itu amat wajar untuk dipersoalkan kematangannya. Begitu juga dengan demonstrasi mahasiswa di UPSI pada awal tahun baru lepas. Kumpulan mahasiswa ini bertujuan untuk memberi simbolik akan kebangkitan mereka namun dikasari oleh pihak polis sehingga berlakunya tragedi berdarah!


                 Merujuk kepada demonstrasi tersebut, bagi mereka yang menyukai keamanan, mereka akan menyokong tindakan pihak polis dan menyalahkan kumpulan mahasiswa akibat kekerasan yang dilakukan. Bagi yang berjiwa pro-mahasiswa pula, mereka akan menyokong kumpulan mahasiswa ini dan menyalahkan serangan dan kecaman yang dilakukan oleh pihak polis sehingga terjadinya persitiwa berdarah. Politik mahasiswa ini diiktiraf sebagai matang apabila berani membuat memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan turut berani bersolidariti untuk rakan-rakan yang dikenakan tindakan yang kurang munasabah seperti isu KUIN5. Namun politik mahasiswa ini menjadi kurang matang apabila mereka seolah-olah keliru dengan agenda tyang diatur oleh mereka sendiri. Kekeliruan ini menyebabkan kebangkitan mahasiswa dipandang sepi dan menjadikan politik mahasiswa itu tidak matang. 

               Kematangan ini diukur dari aspek sikap dan penerimaan terhadap politik di peringkat nasional. Mereka seolah-olah taksub kepada parti yang disokong sehingga terbawa-bawa dalam memperjuangkan tuntutan mereka. Persitiwa tahun baru itu salah satu contohnya. Mereka mewar-warkan ingin bersolidariti sambil membawa sekuntum mawar putih namun hal yang sebaliknya berlaku apabila mereka membawa model keranda kecil dan gambar Perdana Menteri! Perbuatan ini tidak matang sama sekali dan menampakkan akan kekeliruan mereka dalam menuntut perjuangan yang ingin dibawa. Perbuatan yang sama juga sekali lagi berlaku semasa DEMO PTPTN pada 14 April yang lepas. Laungan-laungan yang kolot dan dua gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dikalungkan bunga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar sama sekali. 

             Sekiranya tuntutan yang dituntut oleh kumpulan mahasiswa ini tidak dicampur adukkan dengan politik peringkat nasional, kemungkinan besar tuntutan itu akan dipandang dan tidak menjadi sesuatu yang sulit. Analoginya seperti ini, sekiranya si anak meminta wang kepada si ibu dengan menggunakan ayat pujukan yang baik, sudah tentu si ibu dengan mudah memberikan wang kepada si anak. namun sekiranya si anak meminta wang dengan cara yang agak kasar, adakah si ibu sudi memberi? Sekiranya si ibu memberi, adakah si ibu memberi dengan mudah tanpa ada sebarang bebelan ataupun syarat? Sudah menjadi adat, meminta dengan cara yang lebih baik itu lebih bermakna berbanding meminta dengan kasar. Sekiranya lembut, sudah pasti tuntutan itu boleh difikirkan untuk diusulkan dalam kabinet. Sekiranya kasar, sudah tentu agak sukar.               

                  Perjuangan mahasiswa dalam menuntut hak mereka itu perlu namun dalam menuntut, jika tidak ada nilai menghormati dan mempunyai adab dan akhlak yang tinggi sudah tentu perjuangan itu menjadi sepi dan terus-menerus mendapat tomahan dari pelbagai pihak, justeru, sekiranya perjuangan itu ingin dilihat sebagai satu perjuangan yang berjiwa mahasiswa, terlalu banyak perkara yang perlu dibaiki. Walaupun begitu, perjuangan mahasiswa ini turut mendapat liputan dan sekurang-kurangnya membuka mata pelbagai pihak bahawa mahasiswa kini tidak lagi lesu. Apapun, artikel ini sekadar pandangan peribadi yang melihat situasi ini secara positif dan negatif.

 

~by Misa~

p/s: ditulis pada 18 April dan disiarkan di http://tmuum.blogspot.com/2012/04/wujudkah-lagi-politik-mahasiswa-matang.html pada 19 April.