Detik 28 April 2012 telah tiba dan ini saatnya untuk melihat suatu Himpunan yang telah dirancang sejak beberapa bulan yang lepas. Himpunan BERSIH 3.0 yang dipengerusikan oleh Pak Samad sasterawan tercinta negara bersama Datuk Ambiga dengan kerjasama 84 buah NGO akan dipertontonkan kepada masyarakat seluruh Malaysia pada hari ini. Secara jujurnya saya telah menyatakan pendirian saya secara umum tentang Bersih malam tadi dengan menyatakan bahawa,
"For me, ''BERSIH 3.0" is a story between public citizen and Electioan Commision of Malaysia. In Political Science it's called POLICY DEMAND. So, it is COMMON and SHOULD BE HELD. There is no problem if the supporters can be more rational and open minded in claim what they really want. But the problem is majority of the supporters still confuse and they really obsess in their politician party! For the all supporters, you must remember, this is not a story about PR VS BN. It's all about Election Commision of Malaysia and claim to them to be more transparent and trustworthy!" by Misa Asyidah Mizuki (Ety Dayang)
Merujuk kepada 8 tuntutan BERSIH 3.0, saya melihat kewajaran himpunan ini diadakan. Adalah amat perlu rakyat bangkit menyatakan apa yang dirasakan betul dan memberi implikasi positif yang berpanjangan terhadap pentadbiran sebuah negara. Namun, berapa ramai yang merasakan kewajaran Himpunan Bersih 3.0 ini sebagai satu usaha terbaik untuk negara demokrasi? Hakikatnya, masih ada suara-suara sumbang yang menyatakan betapa bodohnya masyarakat yang berhimpun di Dataran Merdeka untuk Duduk dan Bantah. Mereka lebih gemar menyatakan pendirian untuk tidak bersama Duduk dan Bantah kerana mendakwa perbuatan itu menganggu orang awam. Benarkah begitu?
Meneliti kepada kewajaran perhimpunan ini, dari aspek positif dan melihat kepada apa yang disebut sebagai demokrasi, saya secara jujur menyokong Himpunan BERSIH 3.0. Hal ini kerana terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam Pilihan Raya seperti status Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi, pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesebuah kawasan misalnya dilaporkan di Pekan daftar pengundi baru ialah 18 ribu orang sedangkan di Kuantan hanya lima ribu sahaja dan hal ini menimbulkan banyak persoalan dan banyak lagi isu yang mempersoalkan ketelusan SPR dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kenapa sebuah bandar hanya mencatat pertambahan bilangan pengundi yang sedikit dan di pekan pula pertambahan yang mendadak. Sumber ini saya peroleh ketika perbincangan bersama teman seperjuangan dalam Transformasi Mahasiswa dua minggu yang lepas juga bersama wakil mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Persoalan yang boleh saya lontarkan adakah ini benar-benar telus ataupun tidak?
Meninjau perhimpunan BERSIH 3.0 dari aspek negatif, saya hanya melihat kepada kekeliruan para penyokong yang menghadiri BERSIH 3.0 ini. Mereka ini saya katakan keliru apabila terlalu obses dengan semangat kepartian yang mereka sokong. Seharusnya, dalam memastikan tuntutan yang dibuat akan dilaksanakan sepenuhnya, mereka ini perlu menyedari akan kepentingan tuntutan yang dibuat bukannya kerana parti politik mereka! Hal ini adalah salah dan menyebabkan ketidakwajaran himpunan ini diadakan. Sekiranya kekeliruan ini dapat dimusnahkan, adalah mudah untuk memastikan tuntutan yang diperjuangkan dapat dibawa ke peringkat yang seterusnya.
Tanpa melibatkan semangat kepartian dan sudah semestinya saya bersifat non-partisan di sini, menyatakan bahawa sejujurnya saya menyokong BERSIH 3.0 kerana merasakan tuntutan yang dituntut adalah amat wajar dan perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat. Sekiranya ketelusan itu adalah nyata, maka BERSIH tidak akan sampai ke angka 3.0. Semoga tidak akan ada perkara yang buruk terjadi dan semoga penyokong Himpunan Bersih tidak melakukan kekasaran, keganasan dan yang paling penting tidak melaung-laungkan kata-kata yang kurang sopan. Tuntutlah dengan penuh iltizam dan keikhlasan, insyaAllah akan didengar. Jika tuntut dengan kekasaran, sudah tentu kewajaran himpunan ini punah sama sekali.
p/s:
8 TUNTUTAN BERSIH:-
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor....
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor....
Sedikit perkongsian tentang situasi di Dataran Merdeka seawal tengah malam tadi. Merujuk kepada teman-teman yang turut sama menjayakan himpunan BERSIH 3.0, terlalu ramai masyarakat awam yang sudah membanjiri Dataran Merdeka dan apa yang membuatkan saya terkejut dan sedikit terkedu melihatkan persiapan yang penuh bergaya dari polis-polis da DBKL di sana. Setakat ini dilaporkan, terdapat 6 buah siren yang memekakkan telinga digantungkan di sekitar kawasan Dataran Merdeka. Jika benar siren itu dibunyikan sudah tentu akan menyebabkan rasa sakit dan kehilangan pendengaran buat sementara demi untuk menyuraikan perhimpunan esok.
No comments:
Post a Comment