Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...
Hi,
readers...
It's really
long time that I never share anything in my blog and I think about 5 months
never update ya! Huh, felt honored with that!!! LOL ^_^...!!!
Lately, I am
very busy with many things. By the way, I would like to share about 'Cinta
Ilahi Cinta Wahid'. Hopefully, you guys can get some information from my
article. Thanks for reading...=))
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi wujud dalam diri setiap insan.
Seringkali kita dengar perkataan 'cinta' ini meniti di setiap bibir khalifah
globalisasi kini. Tapi apakah mereka jelas dengan maksud ungkapan 'cinta' itu?
Apakah mereka terlalu naif dan sempit dalam menghayati makna disebalik frasa
'cinta'? Atau apakah mereka ini hanya menyifatkan 'cinta' hanyalah kepada
pasangan kekasih masing-masing? Jujur, atas nama pencipta Bulan dan Matahari,
atas nama pemilik keindahan alam semesta ini, sukar untuk menemukan insan yang
benar-benar telus dalam mengungkap rasa cinta mereka termasuklah diri saya
sendiri yang masih cuba mencari kekuatan diri untuk mempelajari tentang frasa
'Cinta Ilahi Cinta Wahid Cinta Agung'.
Kenapa saya katakan begitu? Sesungguhnya pujian bagi
Allah dan Rasul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kiranya kita tidak mampu
mencintai Allah, bagaimana mampu kita melafazkan cinta kepada insan yang bukan
muhrim kita? Apatah lagi sesudah melafazkan kalimah agung cinta kepada insan
yang dikasihi (bukan muhrim), apakah kita sedar bahawa kita sendiri sudah
mencintai keluarga kita? Apakah sudah cukup rasa cinta yang kita ada pada hari
ini diperoleh? Sekiranya belum cukup, semoga kita sama-sama mampu menjadi yang
terbaik dan berusaha meraih cinta Ilahi kerana mencintaiNya merupakan cinta
teragung yang lebih indah. InsyaAllah, kiranya mampu kita mencintaiNya, maka
akan dipermudahkan segala urusan cinta kita sehingga mampu membina masjid yang
diidamkan.
Di sini, dikongsikan serba sedikit, apa yang perlu
kita lakukan untuk berusaha mendapatkan cinta Ilahi. Merujuk kepada artikel
yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Jamil Zainu, terdapat 54 soal jawab yang
membincangkan tentang akidah seorang muslim dan izinkan saya berkongsi sedikit
dalil dan sunah yang pada saya cukup untuk menginsafkan diri kita selain
menghilangkan rasa riak dengan apa yang kita ada pada hari ini.
"Soal 1 : Untuk apa Allah
menciptakan kita?
Jawaban : Dia menciptakan kita agar beribadah
kepadaNya serta tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun.
Dalil dari AlQur’an :
(الذريات:56)[وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالأِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ]
Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia kecuali
agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalil dari sunnah :
)حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً ( متفق عليه
Hak Allah atas hambaNya bahwa mereka menyembahNya dan
tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun."
Kita diciptakan dengan
penuh kesempurnaan. Ya, adakalanya ada di antara ummat yang lahir tidak
sempurna namun diciptakan lagi kesempurnaan lain yang tidak ada pada diri kita.
Misalnya, Si A diciptakan dengan cukup sempurna dan sentiasa mudah mendapatkan
apa sahaja yang diinginkan walaupun terlalu dalam pelajaran dan
hal-hala akademik sedangkan sepupunya yang seusianya dengannya B
diciptakan dengan sedikit kekurangan dan walaupun lahir dalam keluarga yang
sederhana, tetapi Aliff mampu mencapai keputusan yang cemerlang di sekolahnya.
Tetapi berbalik kepada hukum alam, perlu diingat, dengan beribadah kepada
Allah, Allah sentiasa akan ada bersama kita baik dikala waktu susah mahupun
senang. Asalkan saja, kita sebagai hambaNya mampu berfikiran dengan jauh lebih
matang dan sentiasa mengingatiNya walaupun ketika senang.
Lumrah sifat seorang manusia itu selalu
alpa. Oleh itu, peringatilah diri agar tidak alpa dalam mengingati Allah. Kita
diberikan 24 jam oleh Allah dalam sehari. Berusahalah kita memperuntukkan
paling kurang pun dalam 30-45 minit hanya untuk mencintai Allah. Walaupun
sesibuk mana, usahalah dan luangkan masa untuk berhubung dengan Allah ditalian
24434. Kenapa tersenyum? Apa saya silap memberikan info? Tidak, saya tidak
silap sama sekali kerana inilah talian yang perlu kita dail sepanjang hari dan
selama kita masih hidup. Subuh(2), Zuhur(4), Asar(4), Maghrib(3) dan Isya’(4)
perlu kita tunaikan. Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan. Sekiranya
tidak berkesempatan mengunjungi rumah Allah, maka asal sahaja ada tikar ataupun
sejadah yang bersih dan pakaian yang bersih dan menutup aurat, kita sudah mampu
melaksanakan. Mudah bukan? Kalau kita sanggup menunggu bas di perhentian bas
semata-semara untuk keluar bersama sang kekasih kenapa tidak mampu luangkan
30-45 minit hanya untuk Allah? Kalau kita sanggup membelikan sejambak bunga ros
berharga RM65 untuk si gadis, kenapa tidak mampu untuk beribadah secara percuma
hanya untuk 30-45? Ya, Islam bukan agama paksaan tetapi berbalik pada persoalan
yang dikongsikan diatas, sudah jelas bukan kenapa kita diciptakan di dunia yang
indah ini.
Tidak banyak masa yang diperlukan untuk Allah daripada
24 jam yang kita ada bukan. Malah, kita diberikan ruang untuk mengerjakan
amalan-amalan yang sunat kiranya mempunyai kelapangan. Saya pasti, kiranya kita
mampu menjaga dan memastikan diri sendiri mengamalkan fardhu solat 5 waktu ini
sebaik mungkin, insyaAllah, kita mampu membahagiakan orang yang kita cintai.
Kenapa begitu? Mencintai Allah selain beribadah, menjadi satu kewajipan untuk
menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Sekiranya hari-hari yang dilalui
oleh kita, insyaAllah dibahagiakan hari-hari yang kita lalu.
“Soal 9 : Apa faedah tauhid bagi seorang
muslim.
Jawaban : Petunjuk di dunia dan keamanan di akherat.
Dalil dari AlQur’an :
(الأنعام:82)[الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ]
Orangorang yang beriman dan tidak mencampur keimanan
mereka dengan kedholiman[kesyirikan] mereka mendapatkan keamanan dan merekalah
orang-orang yang mendapatkan petunjuk.
Dalil dari sunnah :
[حق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئاً] متفق عليه
Hak hamba terhadap Allah bahwa Dia tidak menyiksa
orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun”
Kalau ditanya kepada kita beberapa persoalan, jawaplah
dengan yakin dan ingatlah semua yang kita lakukan untuk mengecapi kebahagiaan
dunia dan akhirat. Antara soalan-soalan yang biasa didengar oleh anak-anak muda
moden pada zaman ini adalah seperti berikut.
Soalan: Kenapa kamu menyatakan cinta kepada Allah cinta yang pertama?
Jawapan:“daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”
Soalan: Kenapa kamu berkata begitu?
Jawapan: Alasan saya pula amat mudah, Dia yang menciptakan saya jadi kenapa
perlu saya menduakanNya atau meletakkan cinta kepadaNya ditempat yang kedua?
Dia mengurniakan saya keluarga dan kerana itu saya mencintaiNya.
Soalan: Apakah kamu tidak mempunyai perasaan cinta sesama manusia?
Jawapan: Atas nama Allah yang Esa, Ya! Saya juga mencintai seseorang namun saya
cuba memperingati diri agar tidak hanyut akan perasaan ini. Saya perlu kembali
kepada cinta pertama saya agar saya tidak melakukan kemaksiatan seperti yang
boleh dilihat pada hari ini.
Soalan: Bolehkah kamu hidup seperti ini? Tidakkah kamu cemburu melihat
sahabat-sahabatmu keluar bersuka ria bersama pasangan mereka?
Jawapan: InsyaAllah. Yang boleh dilakukan setakat ini berusaha menjaga adab
diri.
Soalan: Bagaimana kamu mahu membina sebuah ‘masjid’ jika tiada rasa cinta?
Jawapan: InsyaAllah, jodoh, rezeki, ajal dan maut serta qada dan
qadar adalah perkara yang hanya diketahui Allah tetapi kita tidak. Manusia
hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Sentiasa berusaha itu kunci
kejayaan terbaik.
Indahnya dunia, hanyalah sementara maka hiduplah
dengan berusaha mencari kebahagiaan di akhirat iaitu alam abadi kita. Tidak ada
yang sempurna di muka bumi ini, kerana yang sempurna hanyalah Allah. Sekiranya kita
mampu mencintai Allah, insyaAllah, kita juga akhirnya akan mendapat jodoh yang
ditakdirkan Allah. Ingatlah, sentiasa berusaha mencintaiNya, kelak kita mampu
membahagiakan insan lain jua. InsyaAllah.
p/s: coretan kecil selepas menghayati sebuah novel
agama disamping merenung kepada kejahilan diri sendiri...Selamat Membaca...=))
No comments:
Post a Comment